KOD KURSUS | : | ATP3053 |
NAMA KURSUS | : | TEKNIK DAN GAYA LAKON |
SEMESTER | : | I 2011/2012 |
NAMA PENSYARAH | : | EN. NOR SHURADI B. NOR HASHIM |
Di dalam kursus teknik dan gaya lakon (ATP 3013), saya telah di ajar dan diterangkan secara ringkas sejarah perkembangan lakonan. Mengenalpasti gaya dan teknik lakonan sekurang-kurangnya tiga tokoh. Memberi contoh lakonan gaya representational dan presentational. Mengalami proses menyediakan diri untuk memakai watak. Berbicara tentang empat teks drama yang berlainan gaya.
Saya telah diperkenalkan dengan 3 jenis teater dan 3 orang tokoh yang telah mempelopori setiap bidang teater tersebut. Pertama, saya telah belajar tentang teknik-teknik lakonan Bertolt Brecht yang mengetengahkan elemen pengasingan di dalam persembahan teater. Kemudian saya telah mempelajari teori Mayerhold yang menggunakan pergerakan sebagai elemen bagi menyampaikan persembahan teater. Seterusnya saya juga telah belajar mengenai teknik-teknik dan gaya lakonan realism yang diperkenalkan oleh Stanivlasky. Selain dari mempelajari teknik-teknik lakonan dari pementasan Bangsawan dan teater fitrah.
Saya juga telah diperkenlakan dengan teknik-teknik lakonan dan proses menyediakan diri untuk mendapat watak. Misalnya saya telah mempelajari tentang jenis-jenis lakonan yang terdiri dari 4 jenis iaitu :
a) Jenis Lakonan eksploitatif.
Jenis lakonan ini cuba mencari ciri-ciri terbaik pada suara, personaliti, kecantikan fizikal yang ada pada diri pelakon sehingga mampu nenghasilkan sesuatu yang menarik. Lakonan eksploitatif hanya menggunakan rupa dan bentuk tubuh yang terdapat pada pelakon itu( berdasarkan kepada kecantikan dan kelebihan fizikal semata-mata) tanpa mengamalkan ‘inner-truth’ bagi melahirkan watak yang didukungi mereka.
b) Jenis lakonan Lampau Amatur
Jenis lakonan ini adalah satu bentuk lakonan yang bersifat amatur. Lakonan ini disalurkan melalui koleksi-koleksi klise fizikal dan vokal yang dipilih secara rambang dan dirasai atau dihayati secara samar-samar. Contoh-contoh lakonan lampau lakon ini seperti aktor meletakkan tangan didada ketika melafazkan cinta, menutup muka menangis terisak-isak seakan-akan bersedih, mengangguk-angguk kepala apabila mendapat sesuatu idea dan sebagainya yang lebih bersifat luaran sahaja.
c) Lakonan Mekanikal (Mechanical Acting)
lakonan jenis ini lebih bersifat klise yang menunjukkan perlakuan-perlakuan yang biasa dan normal di dalam sesuatu budaya. Bentuk lakonan ini seakan-akan sama dengan jenis lakon lampau aktor seperti mengengam tangan sambil menumbuk-numbuk tapak tangan sebelah lagi bagi menandakan marah atau geram, suara ditinggikan apabila marah, suara terputus-putus apabila saat hendak menemui ajal dan sebagainya. Namun begitu, aksi-aksi klise ini dipilih, dikaji dan dipertajamkan sehingga mendapat kesan artistik di dalam paparan lakon mereka.
d) Lakonan Representational( Representational Acting)
Lakonan representational memerlukan dedikasi, kajian terperinci dan penilaian teliti terhadap pembinaan watak. Pelakon tidak harus berada di luar watak sebagai pemerhati tetapi harus berada di dalam watak dan merasai apa yang dirasainya, bercinta apa yang dicintainya, ketawa apabila dia ketawa dan menangis apabila dia menangis. Kemudian, apabila watak sudah dicipta atau potret sudah terhasil, pelakon akan memisahkan dirinya dari watak tersebut. Dan setiap kali beliau diminta membawa watak itu, beliau akan mempamerkan potret tersebut sebagaimana yang diciptakan sebelumnya.
Selain itu, saya telah didedahkan dengan penggunaan teknik stanivlavsky bagi proses mendapat atau menghidupkan watak. Teknik-teknik tersebut adalah :
1. Perkataan Magik “Bagaimana kalau” ( Magic “if”)
Stanislavski tidak percaya bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran-kebenaran (truth) peristiwa dan realiti-realiti peristiwa yang berlaku di atas pentas, tetapi beliau berkata bahawa seseorang aktor itu boleh percaya terhadap kemungkinan-kemungkinan peristiwa. Seseorang pelakon cuma harus mencuba menjawab soalan “apakah akan aku lakukan kalau aku....?”. Sematan dijiwa pelakon dengan kata-kata magik “if” ini akan transform matlamat atau tujuan karektor kepada matlamat dan tujuan aktor. Ianya merupakan rangsangan yang kuat ke arah aksi-aksi dalaman ( emosi ) dan fizikal bagi seseorang aktor. Perkataan if juga membawa pelakon kepada keadaan-keadaan imaginary. Pertanyaan “Apakah yang akan aku lakukan kalau aku ……”(What would I do if I were) bagi seseorang aktor tidak perlu memaksa dirinya untuk percaya beliau adalah manusia tersebut di dalam situasi demikian. Ringkasnya, method “If” adalah saranan dan bukanlah melibatkan atau menegaskan sesuatu terhadap apa yang sedia wujud. Melaluinya, aktor akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk menyelesaikannya secara natural ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran. Penggunaan method “if” ini akhirnya akan merangsang kuat kepada imaginasi, pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal. Ini bermakna aksi-aksi yang logikal yang ditangani dengan tepat akan merangsangkan mekanisma emosi dalaman.
2. Situasi sediaada (Given Circumstances)
Situasi sediaada meliputi plot drama, zamannya, waktu dan tempat berlakunya aksi, kondisi-kondisi kehidupan, interpretasi aktor dan pengarah, settingnya, propsnya, tatacahaya dan kesan bunyi yakni apa saja yang diketemui oleh aktor ketika menghasilkan peranan pada watak yang bakal didukungnya. Dalam hubungan ini, Stanislavsky percaya tingkahlaku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karektor itu di dalam situasi sedia yang tersedia. Sehubungan dengan itu, seseorang aktor haruslah berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga wataknya bersebati dengan beliau yakni menjadi sebahagian daripadanya
3.Imiginasi
Method imiginasi perlu dilaksanakan ekoran penulis skrip drama kurang memperjelaskan masalalu dan masadepan watak-wataknya dan kurang memberi perincian kehidupan masakini watak-watak tersebut. Method imiginasi ini mampu membantu seseorang aktor melengkapkan biografi wataknya dari awal hingga akhir di dalam mindanya. Ini bermakna melalui latihan method imiginasi, seseorang aktor dapat mengetahui/merasakan bagaimana watak itu dibesarkan, apa yang mempergaruhi tingkahlakunya, apa yang diharapkannya, bagaimana masa depannya sehingga akhirnya memberi lebih substance terhadap kehidupan masakini watak dan akan memberikan aktor perspektif dan perasaan(feeling) pergerakan di dalam peranannya. Imiginasi yang kaya akan membantu seseorang aktor semasa beliau mentafsirkan baris-baris dialog dan mampu mengisinya dengan makna-makna yang tersirat atau lebih tepat memahami subteksnya. Apa yang disimpulkan disini, baris-baris dialog yang dihasilkan oleh penulis tidak bernyawa dan kaku sehinggalah seseorang aktor berupaya menganalisa dan menampilkan keluar maksud yang dikehendaki oleh penulis. Sebagai contohnya, frasa yang mudah seperti, “saya sakit hati”, mempunyai berlainan maksud. Ringkasnya, sekiranya para aktor mempraktikkan latihan daya imiginasinya, mereka akan menemui makna yang menarik disebalik perkataan yang terucap. Lantas intonasinya juga akan menjadi lebih menarik dan ekspresif.
4. Konsentrasi Tumpuan (dipraktikkan dalam Latihan Workshop)
5. Kebenaran dan Kepercayaan ( Truth and Belief)
Kebenaran di atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam sesebuah kehidupan. Di atas pentas drama, tiada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya adalah rekaan. Sehubungan itu dalam mengekalkan daya mempercayai di atas pentas, seseorang aktor itu tidak perlu menggamalkan self-hypnosis (daya pukau) atau memaksa diri mereka memasuki ruang halusinasi. Oleh itu, kepercayaan bermakna seseorang aktor itu mengandaikan (assume) bahawa benda-benda atau manusia seolah-olahnya mereka(benda dan manusia) dan akhirnya apa yang dikehendakinya akan juga menyamai apa yang dipercayai atau dirasai oleh penonton.
6. Hubungan Emosi ataupun spritual
seorang aktor tersebut perlu harus serapkan apa yang diperkatakan oleh aktor lain: yakni melalui perkataan-perkataan mereka, melalui aksi-aksi mereka, melalui pemikiran-pemikiran mereka, seolah-olah aktor itu baru pertama kali mendengarnya. Akhirnya sewaktu cuba mempergaruhi teman-lakonnya, yakni cuba mencapai kesan fizikal yang definite (contohnya ekspresi senyuman), azamnya akan menjadi konkrit, imiginasinya akan terangsang dan penumpuannya akan menjadi konkrit dan beliau (pelakon) akan mencapai perhubungan yang mantap dengan rakan-lakonnya
7. Tempo dan Ritma
8. Memori Recall
Saya juga telah diberi tugasan bagi membuat persembahan powerpoint bagi membincang mengenai teknik lakonan Brecht dan Mayerhold. Setelah itu saya telah membuat persembahan di Dewan Rahman Talib, Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 9/10 disember 2011. Saya telah membawa lakonan dalam dua skrip yang berbeza. Pertama skrip Kak Bee Jamban dan yang kedua Teater Monodrama ‘Proses’.
Bagi skrip Kak Bee Jamban, saya telah menggunakan sedikit kaedah Mayerhold dimana lakonan dengan mendominasikan pergerakan. Saya telah dibantu oleh pelajar-pelajar pergerakan kreatif teater bagi mengukuhkan lagi persembahan ini. Namun persembahan ini memerlukan stamina yang sangat kuat. Hal ini kerana, pergerakan kreatif yang agresif dan lontaran dialog sangat memenatkan dan boleh menghilang stamina pelakon di atas pentas.
Skrip Proses pula menuntut saya lebih memahami skrip dan cuba menerokai setiap emosi dan watak yang perlu saya bawa. Terdapat 2 watak besar di dalam persembahan ini iaitu Aisyah 55 tahun serta Rohana 23 tahun. Selain itu saya juga harus menjadi watak ibu tiri, watak Aisyah 30 tahun dan 19 tahun. Watak ibu mertua serta Mak Su Iddah adik kepada suami Aisyah.
Selain itu saya juga telah menonton persembahan Teater Bangsawan Merong Mahawangsa di panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat banyak unsur- unsur bangsawan yang telah saya pelajari di dalam pementasan ini di antaranya pada babak ‘extra turn; atau ‘giliran tambahan’.
Kursus ini telah memberi saya banyak pengetahuan tentang teknik dan gaya lakon serta saranan-saranan atau tips dari tokoh-tokoh terkenal seperti Stanivlavsky. Selain itu saya mampu memahami teater-teater yang dibawa di dalam genre-genre yang berlainan atau dengan menggunakan teori-teori yang berlinan. Terutama dalam segi teater bangsawan, realism dan bukan realism.
No comments:
Post a Comment