Sebagai seorang pelajar minor teater yang mengambil kursus Teknik Gaya Lakon. Saya akan menerangkan kepada pelakon tersebut apakah yang dimaksudkan dengan ketiga-tiga jenis lakonan tersebut iaitu Brechtian, Biomekanik dan Realism. Seterusya saya akan memberi contoh drama atau teater yang menggunakan teknik-teknik lakonan ini. dan bagi membuatkan dia lebih jelas, saya akan meminta dia menonton sendiri persembahan-persembahan yang mengandungi ke tiga-tiga konsep teknik ini. Bagi membantu pelakon tersebut membuat keputusan, saya akan menyediakan satu jadual perbezaan ketiga-ketiga teknik ini.
Teknik Brecht
Biodata Bertolt Brecht
Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang pacifist dan sangat terpengaruh dengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama,beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat mengubah keadaan negara tersersebut. Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranyasemasa berada dalam Republik Weimar sebagai “terperangkap dalam empat cengkaman iaitu ketenteraan, kapitalisme, industrialisasi dan penjajahan.
Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan – pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semsa dalam pelarian.
Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater. Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah :
1. The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis),
2. The Three penny Opera (Die Dreigroschenoper),
3. Life of Galileo(Leben des Galilei),
4. Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder)
5. The Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan)
(Leach: 2004).
Manakala sumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai Epic Theatre.
Epic Teater
Teori ini dinamakan sebagai Epic Theatre kerana ianya bersifat episodik, dengan setiap babak memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita. Contoh mudah bagi memahami pernyataan ini ialah kartun Dragonball yang memaparkan cerita yang berlainan dalam setiap sirinya, tetapi masih merupakan satu cerita apabila digabungkan. Selain nama Epic Theatre, teori ini juga dinamakan sebagai Dialectic Theatre
kerana dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain
Epik teater adalah bertujuan sebagai sebuah pementasan yang dijalankan untuk mempersembahakan idea-idea dan penonton harus menilai idea-idea tersebut. Oleh itu pementasan yang diadakan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sebuah pementasan. Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak boleh beremosi, sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan tersebut. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai " alienation effect ” ataupun kesan pengasingan.
Verfremdungseffekt
Dalam bahasa Jerman,Verfremdungseffekt bermaksud ‘mengasingkan’(alienate) atau‘menjauhkan’ (distance) penonton daripada sesebuah pementasan. Dalam epik teater, Brechtcuba mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan mereka dalam sesebuah pementasan. Dengan cara ini,para penonton tidak akan tersentuh dengan pementasan tersebut serta tidak bersimpati mahupun berempati dengan apa yang dipaparkan. Sebaliknya,beliau mahu para penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi oleh sesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya dilema tersebut. Apabila para penonton di asingkan secara emosi daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek dan mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakat.
Teknik- Teknik Epik Teater
Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam penghasilan pementasan dalamEpik Teater iaitu historification, allegorical dan pseudo foreign. Dalam teknik historification ataupun pensejarahan, Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babakpementasannya dalam latar masa lampau. Sebagai contoh, pementasan
Mother Courage and Her Children disetkan dalam latar masa abad ke-17 (pementasan tersebut ditulis pada 1938,disunting kembali pada 1940 dan dipentaskan pada 1941). Dengan cara ini, penonton akan lebih diasing memandangkan mereka tidak bias dengan latar masa lampau tersebut.Manakala, dalam allegorical pula adalah penggunaan simbol – simbol dalam menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini digunakan di dalam pementasan Rise and Fall Of The City Of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan diasingkan oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat di dalam simbol-simbol tersebut. Manakala, teknik pseudo-foreign pula adalah adaptasi daripada teater-teater luar yang setentunya berbeza budayanya daripada budaya audiens.Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The Good Person of Sezuan.
Selain itu di dalam teater epik juga selalunya terdapat pelbagai lagi teknik yang digunakan supaya penonton terasing daripada pementasan. Di antaranya adalah dengan meletakkan kapsyen di dalam sesuatu persembahan menerangkan apa yang akan berlaku. Selain itu dengan wujudnya narator sebagai menjelaskan setiap babak dengan lebih jelas serta memprovokasikan penonton. Terdapat penggunaan lagu yang digunakan juga bagi memprovokasi penonton. Ada juga teknik yang memerlukan pelakon berinteraksi terus dengan penonton. Hal ini adalah bertujuan bagi penonton terasing dari lakonan pelakon serta pementasan.
Terdapat juga teknik brecht yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan. Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton pementasan, bukan realiti dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon.
Salah satu istilah yang digunakan oleh Brecht dalam lakonan adalah gestus. Gestus adalah apa sahaja pergerakan yang dilakukan oleh seseorang pelakon dalam lakonan bagi menggambarkan keadaan sesebuah watak berdasarkan teks. Gestus boleh menerangkan keadaan pelakon tanpa memerlukan pelakon menunjukkan emosi dan boleh menyebabkan penonton teralienasi daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada menjadi emosional. Ini adalah daripada pemerhatian Brecht terhadap opera cina. Dimana pelakon meletakkan rambut di mulut dan penonton telah menfsirkannya sebagai ketakutan walaupun pelakon itu sedang bergerak di dalam keadaan yang tenang.
Teknik Biomekanik
Biomekanik merupakan teknik lakonan yang telah diasaskan oleh Vsevolod Meyerhold.
Biodata Vsevolod Meyerhold
Meyerhold adalah salah seorang anak murid Stanislavsky. Semasa Stanislavsky hadir dengan The System (sistem lengkap lakonan realism), Meyerhold telah datang ke Moscow Art Theatre (MAT) untuk menjadi pelakon. Dia turut berlakon di dalam beberapa karya arahan Stanislavsky. Selain Stanislavsky yang memegang jawatan sebagai Pengarah Artistik MAT, Danchenko turut memainkan peranan sebagai big boss di MAT. Dia yang memberi dana untuk MAT terus maju dan mementaskan teater. Tetapi kemudian, pada suatu hari, Danchenko menilai prestasi Meyerhold ini sebagai seorang pemuda yang bermasalah dan meminta Stanislavsky untuk membuangnya dari MAT. Maka, Meyerhold dibuang dan telah membawa diri dari MAT.
Setelah kejadian itu, dia turut berlakon karya-karya realism yang lain tetapi bukan di bawah arahan Stanislavsky. Kemudiannya dia membuka satu teater sendiri dan menjadi pengarah artistik. Dia mula mengarah teater realism seperti yang dilakukan oleh gurunya, Stanislavsky. Tetapi pada zaman itu, Stanislavsky sememangnya tiada tolok bandingnya. Maka, dia mencari jalan untuk mencari kelainan dalam teaternya. Dari sinilah titik tolak terjadinya revolusi pentas.
Idea-idea pementasannya menolak realism Stanislavsky 100% dari segi lakonan, pengarahan dan sinografi. Idea grotesque yang dicadangkan oleh Meyerhold mengatakan bahawa seseorang pengarah itu melihat sesuatu yang aneh, pelik, bukan-bukan, tidak masuk akal itu sebagai sesuatu yang cantik. Kerana baginya, sesuatu persembahan pentas itu bukanlah re-presentational tetapi bersifat presentational. Makanya, setiap karya itu tidak perlu meniru realiti kerana persembahan adalah persembahan; tidak lebih dari itu. Tidak perlu mengangkat realiti di atas pentas. Meyerhold mengatakan bahawa, sesuatu persembahan itu tidak perlu mengikut dan menyamai realiti kehidupan kini. Ianya perlulah berbeza.
Meyerhold mati pada 1 Februari 1940 di dalam penjara. Dia dihukum ditembak sehingga mati kerana dikatakan bersubahat dengan Jepun dan British Intelligence Agencies. Karya-karya dibekukan semasa di dalam tahanan dan selepas kematian beliau. Hanya selepas Stalin tidak lagi memerintah dan Bolshevik mengambil alih pentadbiran, barulah hasil karyanya dikeluarkan semula dan dikaji oleh orang-orang lain.
Grostesque
Idea grotesque ini diadaptasikan ke seluruh idea yang dibuat oleh Stanislavsky sebelum ini. Sebagai contoh yang lebih jelas adalah melihat kepada gerak lakonan yang lebih dikenali sebagai biomekanik. Pelakon-pelakon yang biasanya berlakon di bawah arahan Meyerhold adalah atlit, penari, ahli sarkas, ahli magik dan sebagainya. Mereka semua mempunyai skill dengan tubuh mereka dan Meyerhold telah memanipulasikan pergerak tubuh mereka untuk mencipta satu bentuk gaya lakon yang menolak realism ketika itu.
Idea mengenai grotesque adalah terkesan dari lawatan kawan Meyerhold dari Jepun yang membuat persembahan Kabuki di Rusia. Hanya selepas 7 tahun lawatan orang Jepun itu, barulah terciptanya teknik lakon yang pelik itu dan memerlukan kemahiran pergerakan tubuh badan. Teknik lakon itu sendiri sudah wujud tetapi di’schorlar’kan oleh Meyerhold dengan terma biomekanik. Kebanyakan teater Asia (Kabuki, Noh, Wayang orang, Mak Yong, Menora dan sebagainya) menggunakan teknik ini. Cuma kita tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasikannya di dalam persembahan.
Teknik Biomekanik
Di dalam kajian biomekanik, ia terdapat 3 garis panduan iaitu, tujuan, kesedaran dan tindakan. Dan di dalam 3 garis panduan ini, ia terdapat 4 tahap pergerakan iaitu, otkas, posyl, stoika dan tormos.
Otkas secara literal merupakan “the refusal” atau pon berlawanan. Ia bermaksud pergerakan otkas bermaksud berlawanan arah dari arah yang asal.
Posyl pula “ the sending” atau pon penghantaran. Ia merupakan tindakan utama di dalam pergerakan. Pergerakan ini di tetapkan oleh otkas.
Stoika pula merupakan “ the stance” adalah pergerakan yang melengkapi pergerakan. Pergerakan ini merupakan pergerakan yang dihentikan seketika bagi memulakan pergerakan yang seterusnya.
Seterusnya adalah tormos yang bermaksud rehat.
Pergerakan biomekanik membantu perkembangan kekuatan, koordinasi dan fleksibiliti. Mayerhold banyak menggunakan artis yang terdiri daripada ahli sukan kerana, latihan lakonan bukanlah berasakan kaedah-kaedah lakonan sahaja malah memerlukan latihan bagi tubuh badan atau “ teaching the body to think”.
Biomekanik merupakan lakonan yang menuntut pelakon menggunakan badan sebagai bahan pengantara dengan penonton. Penonton lebih menumpukan kepada pergerakan badan bagi menyampaikan mesej di dalam lakonan. Teater yang berunsur biomekanin mempunyai dialog yang kurang. Tetapi pelakon harus mempunyai bahasa badan yang jelas kepada penonton.
Teknik Realism
Teknik realism telah di asakan oleh Stanilavsky. Ia merupakan teater yang meminta pelakon membawa dunia sebenar ke pentas lakonan.
Biodata Stanilavsky
Stanislavski dilahirkan 17 january 1983 dengan nama Konstantin Sergeievich Alexeyev di Moscow dalam sebuah keluarga yang kaya. Pertama kali ia tampil dalam seni persembahan pada usia 7 tahun. Ia mengambil nama panggung Stanislavski pada awal kariernya (kemungkinan untuk menjaga reputasi keluarganya.) Dalam beberapa terjemahan, namanya ditulis "Konstantin Stanislavski". Beliau telah diberi gelaran sebagai “ bapa sistem lakonan.” Beliau percaya bahawa lakonan bukan sekadar memahami tepi ia perlu diletakkan di dalam keadaan sebenar dan memahami terus ke hati. Beliau meninggal pada tahun 1938 pada tarikh 7 ogos.
Teknik –Teknik lakonan Stanivlasky
1. Perkataan Magik “Bagaimana kalau” ( Magic “if”)
Stanislavski tidak percaya bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran-kebenaran (truth) peristiwa dan realiti-realiti peristiwa yang berlaku di atas pentas, tetapi beliau berkata bahawa seseorang aktor itu boleh percaya terhadap kemungkinan-kemungkinan peristiwa. Seseorang pelakon cuma harus mencuba menjawab soalan “apakah akan aku lakukan kalau aku....?”. Sematan dijiwa pelakon dengan kata-kata magik “if” ini akan transform matlamat atau tujuan karektor kepada matlamat dan tujuan aktor. Ianya merupakan rangsangan yang kuat ke arah aksi-aksi dalaman ( emosi ) dan fizikal bagi seseorang aktor. Perkataan if juga membawa pelakon kepada keadaan-keadaan imaginary. Pertanyaan “Apakah yang akan aku lakukan kalau aku ……”(What would I do if I were) bagi seseorang aktor tidak perlu memaksa dirinya untuk percaya beliau adalah manusia tersebut di dalam situasi demikian. Ringkasnya, method “If” adalah saranan dan bukanlah melibatkan atau menegaskan sesuatu terhadap apa yang sedia wujud. Melaluinya, aktor akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk menyelesaikannya secara natural ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran. Penggunaan method “if” ini akhirnya akan merangsang kuat kepada imaginasi, pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal. Ini bermakna aksi-aksi yang logikal yang ditangani dengan tepat akan merangsangkan mekanisma emosi dalaman.
2. Situasi sediaada (Given Circumstances)
Situasi sedia ada meliputi plot drama, zamannya, waktu dan tempat berlakunya aksi, kondisi-kondisi kehidupan, interpretasi aktor dan pengarah, settingnya, propsnya, tatacahaya dan kesan bunyi yakni apa saja yang diketemui oleh aktor ketika menghasilkan peranan pada watak yang bakal didukungnya. Dalam hubungan ini, Stanislavsky percaya tingkahlaku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang karektor itu di dalam situasi sedia yang tersedia. Sehubungan dengan itu, seseorang aktor haruslah berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga wataknya bersebati dengan beliau yakni menjadi sebahagian daripadanya
3.Imiginasi
Method imiginasi perlu dilaksanakan ekoran penulis skrip drama kurang memperjelaskan masalalu dan masadepan watak-wataknya dan kurang memberi perincian kehidupan masakini watak-watak tersebut. Method imiginasi ini mampu membantu seseorang aktor melengkapkan biografi wataknya dari awal hingga akhir di dalam mindanya. Ini bermakna melalui latihan method imiginasi, seseorang aktor dapat mengetahui/merasakan bagaimana watak itu dibesarkan, apa yang mempergaruhi tingkahlakunya, apa yang diharapkannya, bagaimana masa depannya sehingga akhirnya memberi lebih substance terhadap kehidupan masakini watak dan akan memberikan aktor perspektif dan perasaan(feeling) pergerakan di dalam peranannya. Imiginasi yang kaya akan membantu seseorang aktor semasa beliau mentafsirkan baris-baris dialog dan mampu mengisinya dengan makna-makna yang tersirat atau lebih tepat memahami subteksnya. Apa yang disimpulkan disini, baris-baris dialog yang dihasilkan oleh penulis tidak bernyawa dan kaku sehinggalah seseorang aktor berupaya menganalisa dan menampilkan keluar maksud yang dikehendaki oleh penulis. Sebagai contohnya, frasa yang mudah seperti, “saya sakit hati”, mempunyai berlainan maksud. Ringkasnya, sekiranya para aktor mempraktikkan latihan daya imiginasinya, mereka akan menemui makna yang menarik disebalik perkataan yang terucap. Lantas intonasinya juga akan menjadi lebih menarik dan ekspresif.
4. Konsentrasi Tumpuan (dipraktikkan dalam Latihan Workshop)
5. Kebenaran dan Kepercayaan ( Truth and Belief)
Kebenaran di atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam sesebuah kehidupan. Di atas pentas drama, tiada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya adalah rekaan. Sehubungan itu dalam mengekalkan daya mempercayai di atas pentas, seseorang aktor itu tidak perlu menggamalkan self-hypnosis (daya pukau) atau memaksa diri mereka memasuki ruang halusinasi. Oleh itu, kepercayaan bermakna seseorang aktor itu mengandaikan (assume) bahawa benda-benda atau manusia seolah-olahnya mereka(benda dan manusia) dan akhirnya apa yang dikehendakinya akan juga menyamai apa yang dipercayai atau dirasai oleh penonton.
6. Hubungan Emosi ataupun spritual
seorang aktor tersebut perlu harus serapkan apa yang diperkatakan oleh aktor lain: yakni melalui perkataan-perkataan mereka, melalui aksi-aksi mereka, melalui pemikiran-pemikiran mereka, seolah-olah aktor itu baru pertama kali mendengarnya. Akhirnya sewaktu cuba mempergaruhi teman-lakonnya, yakni cuba mencapai kesan fizikal yang definite (contohnya ekspresi senyuman), azamnya akan menjadi konkrit, imiginasinya akan terangsang dan penumpuannya akan menjadi konkrit dan beliau (pelakon) akan mencapai perhubungan yang mantap dengan rakan-lakonnya
7. Tempo dan Ritma
8. Memori Recall
Rumusan
Daripada ketiga-tiga huraian mengenai konsep-konsep lakonan tersebut, dapatlah saya rumuskan bahawa lakonan brechtian memerlukan seorang pelakon itu menyedari bahawa lakonan hanya sebagai lakonan dan penonton seharusnya diasingkan dengan lakonan dan emosi pelakon. Selain itu, lakonan brectian ini juga cukup dengan pelakon yang sekadar faham jalan cerita atau skrip dan mempamerkannya di dalam bentuk lakonan. Bercakap seperti berdialog dan jelas memperlihatkan mereka sedang berlakon.
Manakala, biomekanik pula merupakan lakonan yang memerlukan pelakon mempunyai stamina dan mampu bergerak seperti seorang ahli sukan. Hal ini kerana, persembahan drama berbentuk ini memerlukan palakon berkomunikasi dengan penonton dengan menggunakan bahasa badan atau pergerakan badan. Pelakon tidak mempunyai dialog atau mempunyai dialog yang kurang.
Seterusnya adalah teater atau drama realism yang meminta pelakon percaya, faham dan membawa roh atau watak lakonan seperti keadaan sebenar. Hal ini bermakna, pelakon merupakan perantara dengan penonton dan palakon harus mewakili watak untuk menyampaikan mesej kapada penonton. Pelakon harus melalui proses-proses lakonan yang akhirnya dia dapat membawa watak yang ingin dilakonkan terus ke dalam dirinya. Lakonan realism merupakan lakonan yang membawa watak sebenar ke dalam diri pelakon dan penonton tidak tertipu itu sebagai sebuah lakonan.
Perbazaan Brechtian, Biomekanik dan Realism
Realism | Brechtian | Biomekanik | |
Pengertian | Reality | Pengasingan | Pergerakan |
Teknik lakonan | Melalui proses-proses supaya pelakon dapat menkaji watak dengan sebenar-benarnya watak tersebut. | Lakonan yang mengasingkan pelakon, dan penonton dan meletakkan pementasa merupakan sekadar pementasan. | Memerlukan pergerakan tubuh badan. |
Tujuan lakonan | Penonton percaya pada lakonan pelakon . penonton bersimpati dan merasi penderitaan atau dilema yang dilalui pelakon. | Penonton terasing dari lakonan pelakon dan harus menggunakan pemikiran kritikal bagi menganalisis dilema pelakon. | Menyampaikan mesej melalui pergerakan |
teater realism
Teater realism merupakan teater yang memerlukan pelakon membawa watak ke dalam dirinya. Bermakna ia memasukkan roh watak yang dipegang ke dalam diri mereka. Dengan teknik-teknik serta proses yang telah dilalui, pelakon mampu membuat para penonton percaya bahawa mereka berada di dalam watak yang sedang disampaikan. Bagi membuat watak tersebut hidup, seorang pelakon harus mengkaji dan merasai perasaan sebenar watak yang telah di dinyatakan melalui skrip dan ditafsirkan dalambentuk lakonan. Pelakon harus melalui pengalaman sebenarnya watak tersebut atau cuba membayangkan jika itu yang belaku kepadanya. Teknik lakonan realism selalunya lebih senang dibawa oleh pelakon kerana seringkali watak-watak yang diberi boleh dikaji dan boleh di jadikan sebahagian dari pengalaman hidup. Misalnya apabila seorang pelakon mendapat watak seorang ibu yang malang dalam kehidupan dan penuh dengan dugaan, rasa sedih dan terpinggir. Sebagai seorang pelakon yang muda sudah pasti keadaan itu tidak biasa dengan diri mereka. Oleh itu perasaan seperti terpinggir, sedih dan dugaan yang banyak boleh dimanipulasi bagi mendapat emosi yang sama. Selain itu kaedah pemerhatian keadaan masyarakat juga boleh membantu seorang pelakon mencari watak dan menghidupkan roh seorang ibu yang malang itu.
Penutup
Sebagai seorang yang berminat di dalam bidang seni persembahan dan drama, seorang pelakon itu haruslah bersedia menerima apa sahaja jenis lakonan dan watak yang diberi. Hal ini adalah kerana pengalaman seorang pelakon itu dalam berdrama dapat meningkatkan lagi kematangannya di dalam melakukan sesuatu persembahan.
Jenis-jenis lakonan serta teknik merupakan sesuatu yang menjadi perkara kedua bagi seorang pelakon itu memikirkannya. Apa yang penting bagi seorang pelakon adalah kesediaan, komitmen yang diberi, disiplin lakonan serta keikhlasan dalam memberi yang terbaik kepada penonton.
Dalam apa pon teknik lakonan yang dipilih, seorang pelakon harus lah mempunyai kepercayaan pada diri sendiri bahawa mereka akan melakukan yang terbaik di dalam persembahan dan menyampaikan mesej yang telah diterjemahkan di dalam bentuk lakonan dengan baik.
Sebagai seorang yang telah didedahkan dengan bidang lakonan dan teater, saya tidak mencadangkan lakonan apa yang terbaik harus dipilih, tetapi seorang pelakon itu haruslah lebih mengenali diri mereka dan mengetahui dimana kekuatan mereka. Jika dari segi fizikal kekuatan mereka, bolehlah jika mereka memilih teknik biomekanik. Tetapi jika seorang pelakon itu mempunyai kekuatan emosi, jalan yang terbaik adalah memilih teknik realism kerana ia memberi kepuasan yang lebih kepada seorang pelakon. Seorang pelakon yang memberi persembahan dengan ikhlas boleh menyampaikan mesej dengan baik dan dapat membawa penonton bersama-sama di dalam jalan cerita mereka.
NAMA KURSUS | : | TEKNIK DAN GAYA LAKON |
SEMESTER | : | I 2011/2012 |
NAMA PENSYARAH | : | EN. NOR SHURADI B. NOR HASHIM |
2 comments:
salam .. awak ada x sejarah persekitaran yg mempengaruhi bertolt brecht ni buat teori ?
salam , awak ada tersilap tulis, stanislavski dilahir pada 1983.(silap tu)
Post a Comment