PENGENALAN
Ibu bapa adalah guru pertama dalam didikan awal kanak-kanak. Hubungan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta persekitaran boleh ditafsir sebagai perapatan.Tugasan ini mendedahkan tentang konsep dan jenis-jenis perapatan. Selain itu ia juga membincangkan tentang fasa-fasa pembentukan perapatan dan kesan perapatan terhadap emosi anak. Tujuan utama tugasan ini adalah bagi memperkenalkan modul kaedah didikan keluarga. Modul ini adalah bagi berkongsi pendapat dengan ibu bapa bagaimana bagi membentuk perapatan selamat dengan anak dan kesan terhadap anak bila meningkat dewasa. Selain itu modul ini juga membincangkan gejala sosial yang dilakukan oleh remaja yang kurang kasih sayang dari ibu bapa. Modul ini juga membincangkan tentang kaedah urutan kepada bayi dan beberapa cadangan aktiviti bagi membantu ibu bapa menjalinkan perapatan dengan anak. Selain itu terdapat juga cadangan bagi memperkukuhkan lagi konsep perapatan dalam didikan awal kanak-kanak.
KONSEP PERAPATAN
Perapatan merupakan hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang. ianya terbentuk sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan ibu. perapatan boleh diwujudkan melalui interaksi dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan, guru-guru, jiran-jiran dan masyarakat.
Menurut Pipp & Haromon (1987), perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang. Menurut Erikson (1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan (bond) atau perapatan antara bayi dengan penjaga. Dia juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu atau penjaga kepada bayi.
Selain itu, apabila dilihat dari sudut islam pula, terdapat satu hadis yang menyokong konsep perapatan. Aqra' b. Habitah berjumpa Rasulullah, semasa perbincangan Hassan cucu Rasulullah datang, baginda mencium hassan. Aqra' berkata, " saya ada 10 anak tetapi tidak pernah mencium mereka". Rasulullah berkata, " Allah akan memuliakan mereka yang menunjukkan kasih sayang kepada anak". Hadis ini jelas menunjukkan bahawa islam amat menitik beratkan soal perapatan dalam kehidupan sehingga Allah akan memuliakan ibu bapa yang menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka.
JENIS-JENIS PERAPATAN
Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau ibu. Beliau telah membahagikan perapatan bayi kepada 3 jenis iaitu perapatan selamat, perapatan mengelak, dan perapatan bimbang ketidaktentuan yang dapat diringkaskan seperti berikut.
PERAPATAN SELAMAT
Perapatan selamat berlaku apabila kanak-kanak boleh menerokai dan memahami persekitaran mereka dengan rasa selamat dengan kehadiran penjaganya. Walaupun terdapat orang asing, mereka tidak merasa bimbang dan dapat bergaul dengan orang asing tersebut dengan kehadiran penjaga disisi mereka. Apabila penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa sedih dan kecewa. Tetapi, apabila penjaga mereka kembali, mereka akan menyambutnya dengan gembira dan berasa tenang semula. . Bayi yang mempunyai perapatan selamat dengan ibunya biasanya mempunyai ibu yang bersifat responsif dan peka terhadap keperluannya. Mereka sentiasa memahami emosi bayi dan memberi respons yang positif terhadap emosi bayi. Mereka juga menunjukkan kasih sayang kepada bayi serta menghayati peranan sebagai ibu kepada bayi. Selain itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka dengan konsep perapatan selamat supaya mudah untuk kanak—kanak apabila memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan dapat menerokai alam persekolahan tersebut dengan perasaan yang gembira dan seronok kerana mereka yakin bahawa ibu bapa mereka akan kembali dan mereka akan berjumpa kembali dengan ibu bapa mereka.
PERAPATAN BIMBANG KETIDAKTENTUAN
Perapatan bimbang ketidaktentuan pula ialah apabila kanak-kanak merasakan tekanan yang sangat besar apabila orang asing berada dengannya. Walaupun ibu bapa ada bersama mereka, tetapi mereka akan tetap merasa bimbang kerana kehadiran orang asing. Perasaan bimbang mereka bertambah apabila ibu bapa meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa kembali, kanak-kanak akan menghampiri mereka tetapi akan menolak sebarang perhatian yang diberikan oleh ibu bapa seperti memalingkan mukanya dan tidak mahu dipeluk atau didukung. Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa. . Ibu kepada bayi jenis ini tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia juga bersifat menolak dan kurang dari segi hubungan fizikal dengan bayi.
PERAPATAN MENGELAK
Perapatan mengelak terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan perasaan yang sangat sedikit terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak akan menerokai persekitaran walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru bagi mereka.apabila orang asing ada bersama kanak-kanak itu, mereka tetap tidak menunjukkan sebarang respon sama seperti mereka tidak menunjukkan respon kepada penjaga mereka. Perapatan jenis ini mempunyai kaitan dengan sifat ibu yang tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi. Ibu juga kekok ketika berinterkasi dengan bayi.
FASA-FASA DALAM PEMBENTUKAN PERAPATAN
Menurut Bowlby (1969), terdapat empat fasa dalam pembentukan perapatan antara ibu bapa dengan anak-anak.
Fasa pertama membabitkan usia bayi yang baru lahir hingga 8 minggu. Pada fasa ini, bayi menerima orang yang berada di sekelilingnya seperti ibu, bapa, abang, kakak, datuk dan nenek. Kebolehan untuk membezakan orang berada di sekelilingnya amat terhad. Bayi tidak kisah sesiapa yang ingin memegangnya.
Fasa kedua pula membabitkan bayi yang berusia lapan minggu hingga enam bulan. Pada tahap ini bayi mula membezakan tingkah laku orang yang berada disekelilingnya atau orang yang sedang memegangnya. Sebagai contoh, jika ibu sedang memegang mereka dalam keadaan marah, bayi tersebut akan menangis kerana bayi boleh mengenal emosi ibunya itu.
Pada masa bayi berumur kurang daripada tiga bulan, emosi yang dialaminya merupakan tindak balas terhadap keadaan kebangkitan ( ketidakselesaan kerana lapar atau basah ) . Ketika berumur tiga bulan, emosi suka dan duka lebih jelas kelihatan. Bayi sudah pandai senyum pada penjaganya. Bayi dapat menunjukkan emosi marah, terkejut dan sedih. Kadangkala bayi dapat melibatkan diri dalam interaksi dengan seseorang yang cuba rapat dengannya.
Fasa ketiga melibatkan usia bayi di antara enam bulan hingga dua tahun. Pada tahap ini, bayi memilih individu tertentu dan berhati-hati dengan individu lain. Kebiasaannya, bayi sudah mula mengenal ibunya serta kaum kelurga yang selalu berada di sampingnya. Bayi akan menangis jika seseorang yang tidak dikenalinya memegangnya. Bayi berasa selamat berada dengan orang yang selalu berada dengannya.
Pada masa umurnya kira-kira enam bulan, duka berpecah menjadi takut, jijik dan marah. Pada masa umurnya kira-kira dua belas bulan, emosi suka berpecah kepada seronok., bangga apabila berjaya terhadap benda dan keadaan serta rasa sayang terhadap orang.Pada masa umurnya lapan belas bulan, rasa cemburu mulai timbul daripada perasaan duka dan sara sayang dibezakan antara sayangterhadap orang dewasa dengan sayang terhadap kanak-kanak.
Fasa keempat pula ialah melibatkan bayi yang berusia dua tahun ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula dapat membezakan hubungan emosinya dengan orang lain. Peringkat ini dianggap permulaan hubungan emosi yang sebenar.
Pada masa umurnya kira-kira dua puluh empat bulan, satu emosi baru iaitu keriangan mulai timbul daripada emosi gembira. Pada umur tersebut, mereka menyatakan emosi secara tidak terkawal seperti membaling sesuatu objek ketika marah ), terutamanya mereka tidak dapat sesuatu yang dikehendaki. Dalam keadaan letih dan lapar, kemarahan mereka lebih jelas kelihatan. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah juga agak imaginatif. Mereka mungkin mempunyai pelbagai perasaan takut dan antaranya yang tidak rasional.
KESAN PERAPATAN TERHADAP EMOSI
Perapatan dalam keluarga meninggalkan kesan terhadap emosi kanak-kanak. Kesan yang pertama ialah perapatan penting kepada semua manusia. Semua manusia memerlukan perapatan dari semua orang terutama daripada ahli keluarga sendiri. Sebagai contoh, bayi yang lahir perlukan jagaan jagaan daripada ibu bapa untuk mendapatkan makanan dan perlindungan emosi. Perkembangan kognitif kanak-kanak dibantu oleh kemesraan, kasih sayang serta perlindungan yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral kanak-kanak juga mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
Kesan perapatan terhadap emosi kanak-kanak yang kedua pula ialah perapatan mempengaruhi sejauh mana kanak-kanak menilai diri diri mereka sendiri. Mereka menganggap diri mereka sangat berharga serta mempengaruhi pergaulan dan perhubungan mereka dengan orang lain. Konsep kendiri yang sudah ada dalam diri mereka sejak lahir membina tingkah laku mereka hingga dewasa kelak. Jika positif konsep kendiri itu, maka positiflah tingkah laku mereka apabila dewasa dan sebaliknya. Contohnya, ibu bapa haruslah memuji kanak-kanak apabila mereka melakukan sesuatu kerja agar mereka berasa diri serta kerja yang mereka lakukan itu dihargai. Ini dapat membina konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak.
Kamarulzaman (2003) menyatakan bahawa kasih sayang merupakan tindak balas yang berlaku secara serta merta dengan mengusap kulit, menggeletek, membuai lembut dan tepukan manja. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap mereka. Daripada pengalaman tersebut kanak-kanak mengaplikasikannya kepada orang lain, binatang atau benda yang menyenangkannya. Ia menunjukkan perasaan kasih sayang secara lisan bila sudah besar tetapi ketika kecil kanak-kanak menyatakannya secara fizikal dengan memeluk, menepuk atau mencium objek yang disayangi.
Selain itu, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang dilihat memainkan peranan yang penting dalam membentuk perapatan selamat. Ibu bapa haruslah sentiasa mengawasi anak-anak dan mengenali rakan-rakan mereka serta melindungi mereka daripada gejala negatif agar mereka sentiasa berasa selamat bersama ibu bapa. Ibu bapa juga haruslah sentiasa melindungi anak-anak tidak kira di mana mereka berada. Contoh yang boleh digunakan ialah ibu bapa sering bertanyakan tentang persekolahan anak-anak serta kawan-kawan mereka. Di sini wujudnya perapatan selamat antara ibu bapa dengan anak-anak.
Kesan perapatan terhadap emosi yang seterusnya pula ialah perapatan selamat akan mempamerkan sikap-sikap yang positif dalam diri kanak-kanak. Contoh sikap positif yang terhasil ialah menolong ibu bapa ketika berada di rumah, menghormati orang tua serta mendengar nasihat ibu bapa. Perapatan selamat juga dapat mempamerkan kanak-kanak untuk berkasih sayang serta menghargai orang lain. Contohnya, ibu bapa memimpin tangan anak ketika melintas jalan, anak akan berasa selamat dan menghargai jasa anda. Mereka akan lebih menghargai anda.
Walaubagaimanapun, terdapat kesan perapatan tidak selamat. Perapatan tidak selamat dikaitkan dengan status ekonomi sosial keluarga yang rendah, keluarga yang porak peranda atau mangsa dera. Kanak-kanak akan berasa tidak selamat jika keluarga mereka sering bergaduh. Mereka akan merasakan bahawa tiada orang yang sayang padanya. Selain itu, kanak-kanak yang menjadi mangsa dera oleh ibu bapa juga akan memikirkan diri mereka tidak bernilai kepada orang yang disayangi.
Kesan perapatan terhadap emosi yang terakhir ialah perapatan yang mengelak atau bimbang ketidaktentuan berkemungkinan akan menghasilkan kanak-kanak yang rendah diri, pemarah, ganas dan tidak menghormati orang lain.
Mengikut teori Erikson (1968), kanak-kanak pada peringkat umur empat hingga enam tahun mengalami perasaan inisiatif lawan rasa bersalah. Di peringkat ini, keupayaan motor dan intelektual kanak-kanak semakin meningkat. Kanak-kanak di peringkat umur ini suka berimaginasi dan meluaskan kemahiran mereka dengan melalui permainan dan berfantasi. Mereka bekerjasama dengan kanak-kanak lain dalam permainan, ada kalanya menjadi sebagai ketua kumpulan dan ada kalanya menjadi pengikut. Kanak-kanak yang selalu dimarahi atau tidak mendapat galakan untuk melakukan sesuatu mengikut kemampuan akan tertanam dengan perasaan bersalah dan berperasaan takut, mereka akan berterusan bergantung kepada orang dewasa dan tidak mahu bercampur dengan orang lain. Sebaliknya kalau mereka dididik dengan cara yang positif, mereka akan mempunyai daya utama dan berani mengemukakan dengan pendapat mereka sendiri.
KESIMPULAN
KESIMPULAN
Perapatan adalah amat penting bagi membentuk remaja atau individu yang bersahsiah tinggi. Ia amat penting bagi mewujudkan individu yang mempunyai pemikiran yang positif, berkeyakinan tinggi, hormat menghormati dan mempunyai akhlak yang baik. Modul didikan keluarga amat baik bagi membantu masyarakat membentuk perapatan yang baik dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang perapatan dengan anak bagi mewujudkan generasi yang gemilang. Hal ini kerana perapatan ataupun hubungan kasih sayang amat penting bagi pembentukan anak-anak yang baik. Kuih yang sedap selalunya berasal dari resepi yang baik dan acuan yang cantik. Begitu juga di ibaratkan perhubungan anak-anak dengan ibu bapa.
7 comments:
salam,saya nak tanya..apa buku rujukan yg awak guna ya?..sebb saya ada esaimen tentang teori perapatan.. :)
salam,saya nak tanya..apa buku rujukan yg awak guna ya?..sebb saya ada esaimen tentang teori perapatan.. :)
salam saya nak tanya apa nama buku rujukan yang awak guna ya? sbb saya ada esaimen tntg teori perapatan :) terima kasih
@shazwani... maaf yer dah x ingat simpan esement nih kat mana... so tak dapat kongsi buku rujukan...
salam kak..
apa beza teori perapatan bowlby dgn teori pelekatan mary ainsworthy ekk? konfius..
sama aja adik... cuma ainsworth bat kajian dulu dan disokong oleh kajian bowlby... lebih kurang macam tu lah...
Assalamualaikum.. boleh saya tahu akak ambil dari sumber atau buku apa yer mengenai teori ni?..terima kasih
Post a Comment