KAEDAH MODUL DIDIKAN KELUARGA
LANGKAH-LANGKAH PENINGKATAN PERAPATAN
Terdapat beberapa langkah yang dapat disenaraikan untuk meningkatkan perapatan di antara anak-anak dan ibu bapa.Antara langkah yang penting dalam membentuk perapatan selamat adalah:
Bermula ketika bayi dalam kandungan,ibu digalakkan untuk berinteraksi dan mengusap perut untuk menunjukkan kasih sayang mereka terhadap bayi.Ini adalah antara langkah-langkah yang terawal yang perlu di ambil dan diberi perhatian oleh kaum ibu.
Ibu bapa juga digalakan sentiasa meluahkan rasa sayangnya kepada anak-anak,sekurang-kurangnya sekali sehari.Selalunya ungkapan ini di sebut ketika menyusu bayi.Sebagai contohnya,ibu boleh memberi rangsangan seperti bercakap dengannya dengan kata-kata belaian,”anak mak sayang”,anak mak lapar ya”. Pelukan,usapan,belaian dan ciuman antara ibubapa dan anak penting dalam pembentukan perapatan. Perapatan akan terbentuk apabila ibu bapa mempamerkan rasa sayang mereka pada anak-anak.
Dalam satu kajian,menunjukkan penggunaan masa yang berkualiti dalam hubungan lebih banyak mempengaruhi bentuk perapatan. Antara bentuk-bentuk rangsangan yang boleh di berikan ialah, dalam bentuk komunikasi(bercakap). Ketika bayi asyik memerhatikan wajah ibu, ibu perlu bercakap mesra dengannya sambil memberi senyuman dan mencium badan bayi.Bahasa yang digunakan dalam berinteraksi dengan bayi dapat membantu minda bayi membentuk bahasanya.Melalui perbualan yang mesra dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa bayi.
Selain itu, ibu bapa harus memuji setiap kerja yang di lakukan oleh anak-anak tanpa memikirkan hasil yang akan diterima.Ini untuk menanam sikap yakin diri kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara dan membentuk sikap tidak putus asa dalam diri setiap anak-anak. Ibu bapa juga harus sentiasa meyakinkan anak-anak bahawa mereka adalah istimewa.
Dilihat dari sikap ibu bapa dalam mendidik anak, Dr. Hassan Hj. Mohd. Ali(1999) ibu bapa yang mempunyai sikap lemah lembut, kasih sayang yang tinggi dan mahu berkongsi minat dengan anak, boleh membantu perkembangan positif pada anak tersebut. Kesannya ialah anak akan mencapai tahap kecemerlangan akademik yang baik dan mampu bergaul dengan orang lain.
Kasih sayang yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh ibu bapa juga dapat melahirkan anak yang mampu berdikari, berani menghadapi dugaan serta mampu mengawal emosi sendiri.
Menurut Dr. Mohd Fadilah Kamsah dan Rahmat Ismail (1996) dalam perkembangan mental dan memupuk nilai yang baik dan terpuji cara mendidik anak adalah seperti berikut;
a) Dengar dan selami perasaan anak tanpa prejudis dan secara terbuka. Ini akan dapat menumbulkan rasa keyakinan dalam diri anak-anak.
b) Tujukkan kasih sayang. Kasih sayang yang dipamerkan dan ikhlas akan dapat memupuk sifat yang sama dalam diri mereka.
c) Berikan pujian dan penghargaan dengan ikhlas. Setiap manusia akan berasa bangga dan megah apabila diberikan pujian dan penghargaan. Lebih-lebih lagi pujian dan penghargaan ini diberikan dengan ikhlas selepas mereka melakukan sesuatu yang cemerlang. Perasaan bangga dan megah ini lebih dirasakan dalam jiwa anak-anak. Dengan ini mereka terdorong untuk melakukan sesutu dengan lebih cemerlang.
d) Bentuk suasana rumah tangga yang saling hormat-menghormati. Ini akan membentuk minda anak-anak untuk menghormati orang lain.
Selain itu, pujian juga merupakan cara yang efektif untuk membangkitkan semangat belajar anak-anak. Guru yang berfikiran positif yang menggunakan banyak pujian pada masa yang tepat atau memberi hadiah kecil atas usahanya akan menyebabkan pelajar berminat dan suka untuk belajar.
Komunikasi yang keras dan tajam serta hukuman tidak efektif lagi dibandingkan dengan pujian. Pujian juga akan membantu mereka menentapkan pandangannya pada tahap yang tepat hingga dia boleh terhindar baik rasa gagal akibat tugas yang terlalu sukar atau terlalu putus asa. Pengalaman yang dilaluinya dijadikan ikhtibar dari apa yang telah berlaku.
Ibu bapa juga harus sentiasa mengambil berat tentang pendapat setiap anak-anak.Ini dapat membantu mereka membentuk matlamat untuk setiap kegiatan yang dilakukan. Anak-anak juga dapat dilatih menjadi lebih bertanggungjawab.
Sebagai ibu bapa yang baik, mereka hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan luar anak-anak.Ibu bapa juga hendaklah mengenali rakan-rakan anak-anak mereka dan biasakan menjemput mereka ke rumah. Misalnya adakan jamuan makan untuk anak-anak menjemput rakan-rakan mereka. Hal ini adalah salah satu cara untuk ibu bapa mengenali rakan anak-anak. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mengikut cara yang anak-anak lebih sukarela. Omar Al-khattab (r.a) pernah berkata: “didiklah anak-anak kamu mengikut peredaran zaman mereka.” Hal ini menunjukkan kepentingan ibu bapa mengenali minat dan bakat anak-anak.
Ibu bapa juga harus meletakkan ruang antara kerja dan anak-anak. Tetapkan satu hari untuk anak-anak tanpa gangguan luar.Ketika inilah waktu yang paling sesuai untuk berkongsi apa-apa masalah dengan anak-anak.
URUTAN DAPAT MERANGSANG PERAPATAN
Menurut Sr.Choong Say Moi(2007) urutan dapat merangsang kasih sayang sejati antara ibu bapa dan anak. Sr.choong Say Moi adalah instruktur bertauliah yang mendapat latihan di Sydney, Australia. Beliau berpengalaman selama 35 tahun sebagai ketua jururawat dan kini mengendalikan syarikat sendiri iaitu Baby Wellink Services.
Menurut beliau, urutan paling sempurna dilakukan ketika bayi tidak berpakaian. Sentuhan tangan ibu bapa secara terus ke kulit bayi dapat membentuk satu jalinan kepercayaan dalam diri bayi. Sebaiknya urutan dilakukan selepas bayi dimandikan. Selain itu ia baik untuk membanti mengurangkan tekanan, kesakitan dan kesedihan pada bayi.
Sebelum urutan bayi dilakukan, ibu bapa haruslah memastikan bayi berada di dalam keadaan yang selesa. Jangan lakukan urutan ketika bayi nyenyak tidur. Hal ini bagi mengelak bayi terperanjat dan tidak selesa dengan urutan. Ibu bapa juga digalakan memasang alunan muzik semasa proses urutan dilakukan. Suhu bilik tidak boleh terlalu sejuk kerana akan mengganggu proses urutan. Minyak yang digunakan harus tidak berbau agar ia tidak terlalu bergeser dengan kulit bayi. Urutan harus dilakukan dalam keadaan rela hati agar keikhlasan ibu bapa dapat mengalir terus kepada bayi. Ambil kesempatan ini untuk berbual dengan bayi dan selalu bertentangan mata dan senyum pada bayi agar bayi dapat merasakan sentuhan tersebut dengan rangsangan positif.
Menurut kajian, bayi yang kerap diurut dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan tekanan mereka. Terdapat beberapa faedah urutan kepada bayi seperti:
Bayi akan menjalinkan ikatan yang sempurna dan menggalakan rasa cinta, kasih dan penghormatan pada ibu bapa. Ia baik untuk sistem pencernaan bayi dan daya ketahanan badan mereka. Selain itu ia membantu dalam perkembangan motor kasar dan motor halus bayi. Urutan juga dapat membantu dalam sistem pernafasan, neurologi dan penghadaman bayi. Dengan urutan, ia dapat memperkenalkan sentuhan positif kepada bayi. Ia juga dapat mengajar rasa disayangi, dihormati dan rasa selamat kepada bayi.
Ibu bapa juga akan mersa lebih yakin dalam menguruskan bayi. Ia dapat menyuntik rasa kasih sayang dan masa khusus untuk ibu bapa bersama bayi. Selain itu urutan juga dapat membantu ibu bapa memahami rentak unik bayi mereka. Mereka juga dapat mengenali daerah kepekaan bayi. Ia juga dapat membantu ibu bapa dalam membentuk masa berkualiti dengan bayi. Hal ini dapat membantu ibu bapa berinteraksi dengan bayi secara positif.ia akan melatih ibu bapa bahasa tubuh bayi. Pandagan mata antara ibu bapa dan bayi dapat membantu perapatan selamat yang lebih efektif.
Modul ini juga mencadangkan beberapa aktiviti yang baik bagi membentuk perapatan anatara ibu bapa dan anak selain urutan. Antaranya adalah:
ª Beritahu anak yang mereka selalu disayangi
ª Ambil berat tentang perasaan anak
ª Biar anak-anak faham bahawa tidak mengapa melakukan kesilapan jika tidak tahu.
ª Cipta permainan peta yang menunjukkan carta gambar anak dari lahir
ª Ketawa kepada gurauan anak walaupun ibu bapa tidak memahaminya
ª Puji tingkah laku baik anak
ª Ambil gambar anak setiap tahun dan pamerkan bagi melihat perkembangan ank dari semasa ke semasa.
ª Galakan anak untuk bertanya soalan dan cari jawapan bersama anak
ª Ajarkan anak yang dia sentiasa ‘boleh’ dari rasa ‘tidak boleh’
ª Ucapkan terima kasih atas segala bantuan mereka
ª Ingatkan anak yang mereka istimewa
ª Tegur kesalahan mereka bagi mengelak mereka mengulanginya
ª Jagan biar anak tidur dengan perasaan marah atau kecewa
ª Hormat pendapat anak
ª Simpan rahsia anak
ª Ucapkan selamat tinggal setiap kali meninggalkan anak
ª Biar mereka menangis bagi mengeluarkan rasa sedih mereka
ª Buatkan carta perasaan dan pamerkan di ruang yang boleh dilihat. Minta anak melekatkan gambar mereka disebelah perasaan yang mereka rasa dan cerita mengapa mereka berasa begitu.
ª Biar anak meneroka persekitarannya
ª Ikut rombongan sekolah anak
ª Lakukan aktiviti yang disukai anak bersama-sama
ª Hargai kretiviti anak dengan meminta mereka menghiaskan pembalut hadiah atau membantu mengemas rumah
ª Minta anak tandatangan untuk kad yang akan dihantar untuk hari raya
ª Main bersama anak
ª Beri kejutan kepada anak
ª Biar anak membantu membuat kek pada hari penting keluarga
ª Adakan hari khas untuk bersama anak tanpa gangguan luar
ª Cipta bahasa rahsia anda dengan anak
ª Kongsi masalah dengan anak dan anggap mereka faham
Aktiviti-aktiviti ini dapat membantu membentuk perapatan yang baik anatara anak-anak dengan ibu bapa. Selain itu ia juga dapat melatih anak-anak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
KEPENTINGAN MODUL
Modul didikan keluarga ini penting bagi mengeratkan lagi hubungan anak-anak dan ibu bapa. Hal ini kerana pada masa kini terlalu banyak masalah sosial yang berlaku kerana kurang kasih sayang daripada ibu bapa. Anak-anak lebih cenderung bersama rakan-rakan. Gaya hidup ini menyebabkan anak-anak cepat terpengaruh dengan rakan-rakan.
Selain itu, terdapat ibu bapa yang merasakan dengan memenuhi keperluan asas anak-anak sudah mencukupi dalam membentuk hubungan kekeluargaan. Tetapi dari sudut pandangan maslow, kepentingan keperluan asas ini harus di seimbangkan dengan keperluan psikologi, terutama kasih sayang. Hal ini menunjukkan perapatan amat penting dalam pembentukan emosi kanak-kanak yang stabil.
Dengan adanya modul ini ia dapat berkongsi dengan ibu bapa cara-cara untuk menjalankan aktiviti dengan anak-anak bagi merangsang perkembangan awal kanak-kanak. Hal ini akan menjadikan anak lebih positif dan yakin pada diri sendiri. Ibu bapa harus mengikut perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa. Anak-anak akan rasa lebih disayangi dan menunjukkan rasa istimewa kepada ibu bapa. Kesan ini akan membentuk keperibadian yang baik kepada anak-anak.
Selain itu, modul didikan keluarga ini juga membantu ibu bapa memahami konsep perapatan. Seperti yang di definisikan, perapatan adalah hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal ke akhir hayat. Ia amat penting bagi membentuk generasi yang gemilang. Anak –anak yang mempunyai perapatan selamat dengan mereka yang mengalami perapatan yang tidak selamat atau tidak seimbang akan melalui proses yang menghasilkan kesan yang berbeza.
Anak-anak yng mempunyai perapatan selamat selalunya berkeyakinan tinggi. Mereka mudah memberi pendapat dan selalunya mempunyai pencapaian akademik yang baik. Mereka juga mempunyai pemikiran yang positif. Selain itu, mereka didedahkan dengan rasa hormat kepada orang lain dan amat mementingkan nilai-nilai kekeluargaan. Perapatan bukan sahaja hubungan antara ibu bapa dan anak, ia juga melibatkan hubungan adik-beradik dan hubungan seseorang dengan persekitaran. Mereka telah dididik untuk menjadi seorang yang bersahsiah tinggi sejak di dalam kandungan hinggalah dewasa.
Manakala bagi anak-anak yang mempunyai perapatan tidak selamat dan tidak seimbang elalunya mempunyai rasa rendah diri yang amat tinggi. Mereka selalunya berfikiran negatif dan cenderung menjadi kanak-kanak yang nakal. Anak-anak sebegini selalunya memikirkan diri mereka tidak disayangi dan menyusahkan. Mereka juga amat sensitif dengan perhubungan sosial. Mereka selalunya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak didedahkan dengan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat tentang ahli keluarga. Mereka akan memberontak bagi menarik perhatian ibu bapa.
Berdasarkan kajian, kebanyakan remaja yang mempunyai masalah sosial Adalah kerana kurang mendapat perhatian ibu bapa. Ada yang disebabkan ibu bapa mementingkan kerjaya dan faktor kewangan, perceraian dan masalah kemiskinan. Pembentukan negatif remaja ini bermula dari usia kanak-kanak dimana mereka tidak didedahkan dengan kasih sayang. Mereka akan melakukan kelakuan-kelakuan negatif bagi menarik perhatian ibu bapa. Mereka akan mula menaruh rasa dendam terhadap ibu bapa dan tidak mengendahkan rasa hormat dan maruah ibu bapa serta keluarga.
Mereka selalunya kurang jelas dengan matlamat hidup mereka. Mereka lebih seronok berhibur dengan rakan-rakan. Rasa diri tidak berguna menyebabkan mereka, lebih suka berseronok di luar bersama rakan-rakan. Di antara kelakuan negatif remaja ini adalah ponteng kelas, bergaul dengan bebas, berhibur dengan keterlaluan dan bagi perempuan mula merasa hebat dengan merokok. Mereka berjinak dengan rokok bagi menghilang tekanan.
Kes-kes jenayah seperti meragut, mencuri dan membuli selalunya dilakukan oleh remaja yang ingin mencari kepuasan dan kenikmatan hidup sendiri. Mereka ingikan kehadiran dan perhtian ibu bapa dan pada masa yang sama mereka ingin menunjukkan rasa berkuasa. Keadaan ini adalah sepertimana yang di terangkan oleh Erik Erikson dalam teori sosial emosinya. Tingkah laku remaja selalunya kesinambungan daripada zaman kanak-kanak mereka.
Perhatian yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah peneras kepada generasi yang gemilang. Seharusnya pendedahan tentang modul didikan keluarga ini di wujudkan spertimana wajibnya kursus perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin. Hal ini bagi menyedari masyarakat kepentingan perapatan dalam mendidik anak-anak. Sebagai contoh pendedahan adalah dengan mengadakan seminar kekeluargaan, kursus-kursus keibubapaan dan memperbanyakkan iklan ilmu keibubapaan di media.
Selain itu, majalah-majalah seperti pa&ma, parenthood dan mama& baby juga amat baik bagi pendedahan awal kepada ibu bapa. Iklan susu seperti susu Enfagrow, nestle dan dutch lady juga dapat membantu ibu bapa dalam mempelajari tentang langkah awal didikan ank-anak. Segmen- segmen di kaca televisyen seperti gugu gaga Erra, 123 Dutch lady dan segmen kanak-kanak lain juga adalah ikhtiar yang baik bagi mendedahkan ilmu keibubapaan kepada ibu bapa.
No comments:
Post a Comment