Saturday, March 24, 2012

REFLEKSI 2: pemilihan sebuah tadika/taska bagi ibu bapa.

seringkali yang telah kita ketahui, ibu bapa mempunyai motif dan matlamat bagi menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan, taska  atau tadika. dan sudah pasti harapan mereka adalah memiliki cahaya mata yang mampu berbakti kepada nusa, bangsa dan agama. selaras juga dengan falsafah pendidikan negara, pembesaran anak-anak yang sempurna itu bermula dari bimbingan dan perkembangan yang holistik. oleh itu ibu bapa harus bijak memilih tadika/ taska yang terbaik bagi menjadikan pusat perkembangan anak yang terbaik.

namun, ibu bapa pada masa kini masih lagi di takuk lama, tidak ramai yang mempunyai kesedaran bahawa pembesaran anak-anak yang holistik itu bermula dari persekitaran yang baik dan cara pendekatan guru atau pusat jagaan yang baik. masih ramai juga ibu bapa memilih kepentingan akademik daripada kepentingan sosio emosi dan perkembangan-perkembangan lain kanak-kanak. 

kejayaan seseorang di dalam bidang akademik tidak menjamin dia akan terus memperolehi kejayaan yang konsisten sepanjang hidupnya. kata orang, roda itu sekejap berada di bawah, sekejap berada di atas. oleh itu ibu bapa harus bijak memberi persediaan kepada anak-anak dalam menjana perkembangan kehidupan yang baik dan berjaya dalam segala bidang yang ditempuhi.

berikut merupakan cadangan-cadangan atau tip bagi ibu bapa memilih taska atau tadika yang baik:
  1. berdaftar---> taska haruslah berdaftar dengan JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT manakala tadika pula berdaftar dengan JABATAN PENDIDIKAN NEGERI. namun kelahiran banyak tadika/taska swasta, menjadikan hal ini sukar di kesan dan dipatuhi. terdapat tadika yang masih tidak membuat pendaftaran dengan jabatan-jabatan berkenaan dan ada juga tadika yang menyamar atau menipu para ibu bapa tentang status tadikanya. oleh itu ibu bapa harus berhati-hati dalam memilih tadika yang terbaik.
  2. guru/pengasuh bertauliah---> ibu bapa harus bijak memilih tadika yang menggunakan khidmat guru / pengasuh tadika yang bertauliah... hal ini kerana tidak semua tadika mempunyai perkhidmatan guru/ pengasuh yang bertauliah...pengasuh yang bertauliah mempunyai kualiti yang lebih baik dari guru yang sekadar menjaga kanak-kanak berdasarkan pengalaman... hal ini kerana, mereka akan lebih memahami psikologi dan tahap-tahap perkembangan kanak-kanak.
  3. Kurikulum---> bagaimana perjalanan sebuah tadika itu tertakluk kepada kurikulum yang telah dibina... pada masa kini terdapat pelbagai kurikulum yang telah dirancang seperti KSPK, PERMATA, MONTESSORI DAN GLEN DOMAN.
  4. Lokasi---> ibu bapa haruslah memastikan lokasi tadika yang terbaik. lokasi yang mempunyai ruang yang cukup untuk pembesaran kanak-kanak. di antara lokasi yang terbaik adalah lokasi yang selamat dan mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba, Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Yuran---> yuran biasanya bergantung kepada perkhidmatan yang diberi dan lokasi pusat tersebut.
  6. Sikap Pengasuh---> tidak pilih kasih, bercakap lembut, mesra dengan kanak-kanak, tidak menengking dan tidak boleh memaksa kanak-kanak mencuba meneroka kebolehan dan keupayaan diri mereka.
selain dari perkara-perkara di atas, ibu bapa juga haruslah menitikberatkan aspek -aspek lain semasa memilih tadika atau taska yang terbaik untuk anak-anak... antaranya adalah bagaimana aktiviti atau pendekatan yang dijalankan, cara penyimpanan rekod yang pihak tadika guna seperti rekod peribadi anak, hal-hal peribadi yang disulitkan dan rekod perkembangan kanak-kanak. seterusnya ibu bapa harus mengetahui nisabah guru dan kanak-kanak bagi memastikan kanak-kanak mendapat perhatian yang sama rata, serta ibu bapa tahu keutamaan mereka. selain itu bagi memastikan sesuatu yang terbaik, ibu bapa boleh bertanya pendapat atau pengalaman ibu bapa lain yang mungkin pernah menghantar anak mereka ke tadika atau taska yang berkaitan... pengalaman merupakan guru terbaik dalam kehidupan manusia... 

berdasarkan tip dan sedikit pengetahuan dari pembacaan saya, dapat dikatakan bahawa pemilihan taska/tadika sangat penting dalam perkembangan awal kanak-kanak... hal ini kerana guru yang baik dapat melahirkan anak bangsa yang terbaik.