Tuesday, March 20, 2012

REFLEKSI 1: pengurusan program pendidikan awal kanak-kanak

Pengurusan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAA3043) merupakan salah satu subjek kursus bagi pelajar ISMP pendidikan awal kanak-kanak UPSI. bagi semester 2 sesi 2011/2012, kursus ini telah di ajar oleh Puan Puteri Afzan Maria. 

Kursus ini akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Kursus ini juga akan menumpukan kepada  pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. 

OBJEKTIF KURSUS 
Pada akhir kursus  ini pelajar-pelajar akan  dapat :

  1. Mengaplikasikan langkah-langkah bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak -kanak.  
  2. Mengenal pasti dan melaksanakan cara pengurusan dan pentadbiran pusat yang sitematik dan berkesan. 
  3. Menghasilkan serta melaksanakan idea-idea yang proaktif, inovatif dan kreatif  memajukan pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal kanak-kanak. 
  4. Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.
oleh itu, saya akan menggunakan laman ini sebagai medan bagi saya meluahkan pendapat atau membuat refleksi berkaitan dengan perkara-perkara yang mungkin ada kaitan dengan kursus ini. hal ini kerana salah satu dari tugasan yang perlu kami buat adalah menulis refleksi di setiap minggu samaada perkara yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kursus ini. 


MAKSUD PENULISAN REFLEKSI:

Dewey (1933) menyatakan individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 

Bagi Boud et al.,(1985) refleksi adalah proses meneutralkan kembali segala perasaaan negatif yang menyelubungi pengalaman yang dilalui supaya satu perspektif baru dapat dihasilkan daripada pengalaman tersebut sekali gus berjaya mengubah tingkahlaku dan tindakan seseorang. Ia juga merupakan tindakan yang bertujuan dan berhati-hati (Loughran,1996), melakukan penilaian secara kritikal (Mezirow, 1991) dan melibatkan proses menyiasat dan mengenal pasti pengalaman yang telah mereka lalui. 

Keseluruhannya, pemikiran dan amalan refleksi merupakan suatu aktiviti kognitif yang memerlukan penglibatan aktif individu hasil daripada cetusan sesuatu pengalaman yang amat memberi kesan kepada dirinya dengan melibatkan pengujian tindak balas, kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui. 

Hatton dan Smith menegaskan terdapat empat kategori bagi penulisan refleksi iaitu penulisan deskriptif, penulisan refleksi deskriptif, penulisan refleksi dialog dan penulisan refleksi kritikal.

berdasarkan definisi yang telah saya kongsikan di atas, saya ingin mengemukakan beberapa tajuk yang akan saya huraikan di dalam refleksi-refleksi yang akan datang yang mempunyai kaitan dengan kursus yang sedang saya duduki ini. 

  1. PEMILIHAN SEBUAH TADIKA/ TASKA BAGI IBU BAPA...(dipetik dari buku PA&MA edisi khas)
  2. TANGGUNGJAWAB PENGURUS TADIKA MENGENAI HAL KEBAJIKAN PEKERJA.
  3. MASALAH PEKERJA /GURU TADIKA YANG SERING BERTUKAR-TUKAR / (TURN-OVER STAFF) 
  4. KESAN PERBEZAAN PROGRAM, KURIKULUM DAN PENDEKATAN DI PRASEKOLAH/TADIKA DI MALAYSIA
  5. PENGASUH DIRUMAH: BAGUS ATAU TIDAK
5 tajuk yang telah saya pilih ini merupakan masalah-masalah yang sering di hadapi oleh para ibu bapa, guru dan pengurus tadika. selain itu ia juga menjadi sebahagian dari pengalaman saya yang mungkin telah lama saya simpan untuk di kongsikan. refleksi ini merupakan cetusan dari pendangan saya dan pemikiran saya berkaitan isu-isu berkenaan. jadi, pendapat saya tidak mungkin tepat dan tertakluk kepada situasi yang saya alami. Jika terdapat sebarang pendapat atau kritikan membina saya sangat alu-alukan. semoga tugasan refleksi ini dapat membantu sebahagian dari kita dalam melahirkan generasi-generasi yang gemilang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti.

SEKIAN, TERIMA KASIH...

No comments: