MAYAT merupakan karya Prof. Hatta Azad Khan. Ia merupakan antara karya terawal beliau dalam teater absurd. Teater absurd merupakan teater yang menonjolkan sesuatu yang diluar pemikiran akal dan tidak jelas. Teater absurd juga lebih meminta penonton berfikir dari tindak tanduk dan kelakuan para pelakon lebih dari lisan yang diutarakan. Teater jenis ini sangat bertentangan dengan teater realism. Ia menolak pembawakan teater realism terutama di dalam prop, set dan pengcahayaan.
Namun pementasan Mayat oleh pelajar-pelajar produksi akhir Minor Teater UPSI seperti membawa kelainan kerana set yang digunakan seperti realism. Mereka membawa kehidupan orang miskin dan pengemis ke atas pentas. Set yang digunakan umpama kawasan semak yang didiami oleh sekumpulan pengemis-pengemis jalanan setelah penat bekerja mencari bahan-bahan terbuang. Mereka Cuma beralaskan kotak, dan bahan-bahan terbuang sebagai tempat tinggal.
Terdapat banyak mesej yang boleh diperolehi dalam sindiran-sindiran yang mereka lontarkan. Selain itu, pengcahayaan yang digunakan juga melambangkan masa dan cuaca pada waktu itu, seperti warna kuning melambangkan panas terik dan warna biru melambangkan hujan beserta kilat. Penggunaan kesan lampu kilat dan bunyi guruh juga dapat membantu dalam menghidupkan suasana dan pementasan tersebut.
Kewujudan pokok ditengah pentas juga membawa maksud yang tersendiri. Bagi sesetengah pihak, Mayat merupakan teater yang berunsurkan seram. Kehadiran pokok yang boleh diibaratkan sebagai ‘scary tree’ dapat membantu penonton mendapat mood seram disamping asap yang keluar melalui pokok tersebut. Kebanyakkan babak seram yang telak menggunakan kehadiran pokok itu, seperti pelakon menyorok di balik pokok serta pokok bergoyang semasa babak seram.
Kostum yang digunakan oleh para pelakon juga dapat melambangkan kedaifan hidup mereka. Selain itu para pelakon juga mempunyai kelainan dalam membawa watak seperti keadaan pengemis yang berbeza-beza serta cara pemikiran yang cetek dan mudah tertipu. Begitu juga dengan watak orang luar yang cuba menipu mereka.
Bagi pendapat saya, set yang telah digunakan sangat membantu penonton bagi lebih memahami jalan cerita dan memberi penonton lebih jelas tentang apa yang cuba disampaikan di dalam teater Mayat ini. selain itu pengcahayaan juga membantu para penonton untuk melalui keadaan yang dilalui oleh para pelakon seperti rasa takut dan seram. Muzik latar juga banyak membantu meberi kesan lagi di dalam pementasan ini.
Berikut merupakan gambar kawasan ruang legar pameran Teater Mayat. Penonton telah disambut dengan suasana seram dan gelap yang hanya menggunakan cahaya pelita dan lilin. Selain itu, kehadiran mumia juga dapat menaikkan lagi kecantikan set pameran. Penggunaan cahaya yang malap lebih memberi kesan teruja dan rasa ingin tahu yang lebih kepada para penonton. Hal ini juga lebih menguatkan firasat mereka bahawa Teater Mayat merupakan sebuah cerita seram.
No comments:
Post a Comment