Monday, November 21, 2011

bimbingan membaca untuk awal kanak-kanak

Bantuan Awal Guru
            Guru dan pembaca awal bersama-sama membaca bahan bacaan. Sebagai pembantu kepada kanak-kanak, guru tidak boleh terlalu memberi bantuan yang berlebihan supaya kanak-kanak tidak hilang keyakinan diri dan lebih berdikari. Manakala bantuan yang terlalu sedikit akan menyebabkan kanak-kanak akan terabai dan hilang minat terhadap bahan bacaan. Justeru, guru perlu memberi bimbingan yang sekata dan konsisten.           

Membimbing Dari Belakang
            Bimbingan secara verbal menjadi salah satu taktik untuk mengajar dan membimbing mereka melalui konsep cetakan. Menurut Vygotsky 1978, apabila kita membaca buku dengan kanak-kanak, kadangkala kanak-kanak mendahului kita, ketinggalan dan seiringan membaca dengan guru.

Paksaaan atau Pelawaan?
             Bimbingan bacaan melibatkan kedua-dua pihak iaitu guru sebagai pembimbing dan kanak-kanak sebagai pembaca. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak suka melihat kulit buku. membaca tajuk dan nama pengarang sebuah buku cerita berulang kali daripada menyelak dan meneruskan pembacaan buku cerita itu. Jadi sebagai orang dewasa, guru perlu memulakan dan mengawal pembacaan isi buku supaya diikuti oleh pembaca awal.

Mencipta “Saluran” Pengalaman
            Kanak-kanak diberi pendedahan terhadap bahan bacaaan. Mereka diberi peluang untuk meneroka bahan cetakan dengan bantuan guru. Menurut Csikszentmihaly (1990), saluran pengalaman dapat menyediakan seorang kanak-kanak kepada pemikiran kreatif yang boleh digunakan dalam kehidupan sebenar dan menggalakkan kanak-kanak dalam peningkatan pencapaian hidup.
            Menurut Harvey and Goudvis (2000), untuk membantu peningkatan kefahaman seorang kanak-kanak, seorang guru perlu mengajukan soalan dan berkomunikasi dengan kanak-kanak bagi mengukuhkan pembacaan kanak-kanak.

Akomodasi dan Asimilasi
            Menurut Piaget (1978) setiap proses pembelajaran melibatkan asimilasi dan akomodasi. Akomodasi bermaksud pengetahuan baru yang diperolehi oleh kanak-kanak. Manakala asimilasi adalah pengetahuan baru yang diadaptasi melalui pengalaman sedia ada.
            Keseimbangan emosi dan rasional guru adalah perkara terpenting semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila emosi seorang guru itu stabil maka dia dapat membuat pertimbangan yang rasional.

Mendemonstrasi Pentujuk yang Digunakan oleh Pembaca
            Guru menyediakan demontrasi kepada kanak-kanak secara komunikasi dan sentuhan sebagai contoh bagaimana kanak-kanak membunyikan perkataan semasa mereka membaca. Selain itu, guru juga menggunakan pelbagai kaedah bagi mewakilkan perkataan yang tidak dikenali dan bagaimana mereka menghubungkaitkan perkataan dalam kehidupan seharian atau perkataan yang bermakna sepanjang proses membaca.
            Salah satu daripada demontrasi untuk pembacaan awal adalah melalui bertanyakan soalan supaya kanak-kanak dapat berfikir (think aloud) (Pressley, 2002). Melalui proses ini, guru dapat berkongsi cara pemikiran dengan kanak-kanak serta bagaimana mereka menghubungkan perkataan dengan kehidupan seharian mereka. Guru menggunakan kaedah ini bagi menyokong sistem petunjuk.
            Demontrasi secara menunjuk perkataan juga boleh digunakan guru untuk pembacaan awal kanak-kanak. Guru meminta kanak-kanak mencari perkataan yang tidak difahami. Setelah kanak-kanak menunjukkan perkataan yang tidak difahami, guru akan menerangkan maksud perkataan atau mendemonstrasikan makna perkataan tersebut. Kanak-kanak akan mengikut model yang telah didemonstrasikan oleh guru.

Strategi dan Kemahiran Memberi Petunjuk
Perbezaan yang penting dalam kemahiran dan strategi adalah peringkat autonomi kanak-kanak. Don Holdaway’s (1979) meringkaskan dalam penerangannya untuk  foundations of literacy adalah perbezaan
diantara kemahiran dan strategi dikoordinasikan melalui operasi minda manusia yang bertujuan, membuat jangkaan dan dengan cara pembetulan sendiri. Perbezaan besar di antara kemahiran mengajar dan strategi mengajar adalah menumpukan kepada kehadiran atau ketidakhadiran arahan kendiri kepada kanak-kanak. Dalam kemahiran mengajar, guru memberitahu kanak-kanak apa yang perlu dilakukan dan membuat pembetulan kepada respon kanak-kanak. Dalam strategi mengajar, guru meminta kanak-kanak untuk bertingkahlaku baik dan menggalakkan kanak-kanak untuk memastikan atau membetulkan tindak balas yang diberikan. Untuk melancarkan strategi mengajar, Guru tidak mengetatkan kawalan kanak-kanak.

Bimbingan dan Strategi : Penaksiran (Mikro-Process)
 Di dalam proses penaksiran ayat, terdapat dua strategi yang diutamakan iaitu ‘graphophonic’ dan ‘semantic-syntactic’. 

Kaedah guru membimbing pembaca awal dalam strategi penaksiran
Pada peringkat ini, guru terlibat dalam proses membuat keputusan untuk kanak-kanak atau bersama kanak-kanak. Hal ini menunjukkan kanak-kanak dibimbing secara spesifik. Apabila pembaca awal telah didedahkan dalam konteks mikro, maka mereka akan diperkenalkan dengan konteks yang lebih luas secara berperingkat.

Kaedah guru membimbing pembaca lancar dalam strategi penaksiran
            Guru memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pembaca lancar. Pembaca akan menyelesaikan masalah sendiri jika terdapat perkataan yang tidak difahami. Kajian Leslie dan Allen (1999) menyokong bahawa strategi ini membantu pembaca untuk masa hadapan mereka.
Kaedah bimbingan guru dalam mencerakinkan frasa
·         Guru menunjukkan jari mengikut bacaan kanak-kanak.
·         Guru menunjukkan perkataan secara berasingan.
·         Guru mendemonstrasikan cerakin melalui pembacaan bersama kanak-kanak.
·         Kanak-kanak mengikut bacaan guru.
·         Guru memuji kanak-kanak dan meminta kanak-kanak membaca bahan bacaan secara keseluruhan.
·         Kanak-kanak dan guru membaca perkataan tanpa sebarang bantuan.
·         Guru memberi galakan secara berterusan.
·         Guru memberi pujian secara konsisten untuk membina keyakinan kanak-kanak.
Bimbingan dan Strategi : Pemahaman (Makro-Process)
Menurut Irwin (1991), proses mikro membantu kanak-kanak untuk merumuskan, menghuraikan dan mengembangkan maksud. Guru membimbing pembaca awal melalui :
·         Bertanya soalan mengenai teks dan pengarang.
·         Membuat perhubungan dengan kehidupan seharian, perwatakan dan lain-lain.
·         Menggambarkan berimaginasi dan beraksi bahagian-bahagian di dalam cetakan.
·         Menerangkan idea-idea yang penting.
·         Melakukan inferens melalui bukti.
·         Merumus dan mensintesis  bahagian-bahagian dalam teks.

Membimbing dan Membantu Pembaca untuk Mengekalkan Pembacaan
Guru membimbing kanak-kanak ke arah pembacaan yang berdikari apabila mereka mendemonstrasikan dan menunjukkan sikap serta bertanyakan soalan berikut kepada pembaca awal :
·         Mentafsir perkataan yang tidak diketahui oleh kanak-kanak secara berulangan.
·         Mengawasi semantic, syntax dan graphophonic menerusi pengawasan tingkahlaku.
·         Membetulkan kesalahan isyarat.
·         Menghimpunkan perkataan kepada satu ayat.
·         Mengjangkakan peristiwa yang akan datang.
·         Mengekalkan pembacaan lancar.
·         Membetulkan pembacaan kepada konteks situasi.

Kategori Memberitahu
 Terdapat tiga pentunjuk dalam kategori memberitahu. Pertama kerana perkataan itu, kedua kerana tindak balas kanak-kanak iaitu kanak mula bosan dan ketiga kedua-duanya.

Petunjuk bahasa badan
 Demostrasi yang selalu digunakan untuk mengalakan pembaca awal adalah menunjukkan perkataan dengan jari. Tindakan ini penting dan disokong oleh Searchinger (1995) dan Griffin (2001) bahawa ahli bahasa mengesahkan bahawa kita menerim 90% makna melalui bahasa tubuh.
            Peranan petunjuk ini adalah melalui ikatan emosi dan digunakan sebagai penanda. Kepentingan bahasa badan dalam ikatan emosi adalah memberikan semangat dan rasa selesa kanak-kanak untuk meneruskan bacaan. Kepentingan bahasa badan sebagai penanda pula adalah untuk memudahkan kanak-kanak melihat cetakan dan memudahkan bantuan awal untuk kanak-kanak membaca.
            Bahasa badan melalui analogi dan petunjuk yang tidak menganggu adalah melalui cara yang lebih kualiti iaitu tanpa sebarang gangguan, suara guru hanya menunjukkan pada perkataan. Bahasa badan boleh digunakan untuk menyokong kesemua empat sistem petunjuk misalnya guru menunjukkan perkataan dengan jari, guru menunjukkan gambar, melihat mata kanak-kanak dan menepuk perlahan tangan kanak-kanak. Hal ini adalah petunjuk dalam membantu kanak-kanak terus membaca. Terdapat perbezaan bahasa badan melalui budaya dan jantina (Searchinger 1995).

Cadangan
 Petunjuk yang digunakan oleh guru haruslah bersesuaian dengan tahap pembacaan kanak-kanak tersebut dan memahami perkembangan kanak-kanak itu secara menyeluruh. Guru tidak perlu terlalu membantu dan mengabaikan kanak-kanak itu. Guru perlu menjaga emosi dan rasional ketika membantu pembaca. Bahasa badan guru juga penting dalam membantu kanak-kanak memahami bahan bacaan.
  Secara kesimpulanya, petunjuk yang digunakan guru haruslah membantu perkembangan bacaan kanak-kanak secara menyeluruh. Guru haruslah mempunyai ilmu dalam mengunakan petunjuk yang sesuai supaya minat membaca dalam diri kanak-kanak terhakis.

No comments: