Monday, November 21, 2011

PEMBELAJARAN KREATIF


Cadangan
Pengajaran kreatif untuk kanak-kanak haruslah dilakukan secara lebih berstruktur dan berfokus. Hal ini kerana tanpa rancangan pengajaran yang tersusun dan terancang, objektif pengajaran tidak akan tercapai dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi gagal.
Seorang guru yang menggunakan kaedah pengajaran kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak, haruslah menepati atau fokus pada  tahap perkembangan kanak-kanak tersebut. Hal ini adalah bagi memastikan kemampuan kanak-kanak tersebut meneroka pembelajaran pada tahap umur dan kemampuannya. Rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak boleh menggalakkan penerokaan dan pembelajaran kanak-kanak yang berkesan.
Selain itu, guru juga harus mengambil berat ilmu atau pengalaman sedia ada seorang murid. Rancangan pengajaran yang mengambil berat tentang ilmu sedia ada kanak-kanak akan membantu kanak-kanak lebih memahami proses pengajaran. Pembelajaran kreatif juga adalah pembelajaran yang menerapkan sifat unik dalam diri setiap individu. Hasil pengajaran atau dapatan yang diperolehi oleh seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain mungkin berbeza atas faktor pengetahuan sedia ada atau perbezaan tahap rasa ingin tahu kanak-kanak tersebut.
Dalam merancang proses pengajaran yang kreatif, guru juga harus menentukan pembelajaran yang bermula dari perkara senang ke perkara susah atau konkrit kepada abstrak. Hal ini kerana kanak-kanak belajar dari perkara yang senang dan jelas pada tahap umurnya. Perkara yang boleh dilihat, dipegang dan terbukti. Kanak-kanak pada tahap yang rendah memerlukan aktiviti-aktiviti dari pengalaman sendiri. Mereka belajar melalui permerhatian dan pelakuan semula. Oleh itu guru haruslah bijak memilih pengajaran yang menggunakan aktiviti yang berkesan untuk kanak-kanak.
Guru pendidikan awal kanak-kanak juga haruslah memiliki rancangan pengajaran yang terancang. Pembelajaran secara kreatif memerlukan guru meletakkan pembelajaran dan pengajaran berpusat kepada kanak-kanak.  Guru mempunyai peluang yang terbatas dalam memberi arahan kepada kanak-kanak. pengajaran yang terancang dapat membantu guru mengawal proses pembelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Pembelajaran kreatif juga memerlukan perancangan pengajaran yang berstruktur. Hal ini kerana bagi mencapai objektif pengajaran dengan lebih berkesan, guru harus merancang proses pengajaran yang berobjektif dan mempunyai prosedur pengajaran yang jelas.
Guru juga haruslah menyediakan pembelajaran serta alat bantu mengajar yang boleh membantu kanak-kanak berfikir secara kreatif. Alat bantu mengajar yang terancang dan bersesuaian dengan pengajaran kreatif sangat membantu dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. kanak-kanak diperingkat awal lebih selesa belajar menggunakan barang-barang maujud. Hal ini boleh memberikan mereka peluang untuk meneroka dan megalami sendiri pengalaman mengenali objek tersebut. gambar yang besar dan mempunyai daya tarikan yang menarik juga boleh membantu kanak-kanak dalam pembelajaran kreatif yang berkesan. Jadi, guru haruslah membuat persediaan yang bersesuaian antara pengajaran dan alat bantu mengajar.
Berikut merupakan beberapa cadangan lain untuk guru, bagi  menggalakkan pembelajaran kreatif dalam diri kanak-kanak:
1.      Beri galakan kepada kanak-kanak untuk bertanya soalan.
2.      Guru bertanyakan murid soalan terbuka yang tiada jawapan khusus disamping cipta soalan-soalan yang boleh memberi cabaran dan membuat kanak-kanak lebih berfikir.
3.      Biarkan kanak-kanak terus bertanda tanya. Jangan terus menjawab soalan mereka. Biarkan mereka meneka dan mencari jawapan sendiri dengan bantuan petunjuk dari guru.
4.      Bentukkan pengajaran yang bebas untuk kanak-kanak meneroka. Hormat pendapat dan kemampuan setiap kanak-kanak.
5.      Jangan memberi kritikan yang negatif pada jawapan dan soalan kanak-kanak. Jangan juga memberi sindiran pada soalan kanak-kanak yang remeh.
6.     
Berikan pujian dan ganjaran pada kanak-kanak yang mempunyai pemikiran kreatif. Cipta suasana pembelajaran yang lebih positif.
7.      Guru sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk pembelajaran kreatif. Guru adalah contoh untuk kanak-kanak. Emosi dan tingkahlaku guru sangat mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak
8.      Guru haruslah meletakkan suasana pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak meneroka dan belajar menjadi lebih kreatif. Adakan sudut kreatif, gambar atau carta yang boleh menggalakkan tingkahlaku dan pemikiran kreatif kanak-kanak. guru juga boleh membuat lencana “saya kreatif” pada kanak-kanak.
9.      Mengalakkan kanak-kanak berimaginasi. Guru boleh banyak menyediakan pembelajaran atau aktiviti seperti bercerita, berlakon, buat drama atau pemainan yang meminta kanak-kanak berimaginasi.
10.  Guru juga boleh menggalakkan kanak-kanak mencuba perkara baru. Lakukan eksperimen bersama kanak-kanak. biarkan mereka mengambil risiko dan ajar mereka untuk menyelesaikan masalah dengan kreatif.
11.  Jadikan mereka bertabiat untuk bertanyakan “kenapa”. Seorang yang berfikiran kreatif sentiasa mempunyai rasa ingin tahu dan suka bertanya “kenapa”.
12.  Guru juga boleh mengadakan pembelajaran berunsurkan teka- teki, pantun, mencari harta karun, puzzle dan sambung cerita.
(Leo Ann Mean, 2006)

Guru memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti, keupayaan, minat, sikap dan nilai kanak-kanak. seorang kanak-kanak yang kreatif juga memerlukan guru yang kreatif. (Leo Ann Mean, 2006).

4 comments:

Leo Ann Mean said...

Terima kasih merujuk kepada buku saya serta usaha menterjemahkan petikan ke Bahasa Malaysia.

Leo Ann Mean said...

Terima kasih merujuk kepada buku saya!

Leo Ann Mean said...

Terima kasih merujuk buku saya!

Leo Ann Mean said...

Terima kasih merujuk buku saya!