Sunday, May 6, 2012

REFLEKSI 7: PENGASUH DIRUMAH: BAGUS ATAU TIDAK


pengasuh di rumah adalah pilihan yang paling laris di kalangan ibu bapa pada suatu ketika dahulu. namun pada masa kini ibu bapa sudah banyak yang memilik pusat-pusat jagaan atau taska dan ada yang lebih selesa menghantar kepada ibu atau bapa masing-masing anak-anak mereka. kenapakah hal ini terjadi? hal ini terjadi kerana pusat asuhan kanak-kanak dapat engumpul dan meyakinkan ibu bapa anak-anak mereka akan selamat berbanding di hantar di rumah pengasuh. banyak kes-kes seperti memperkosa, meliwat dan dera berlaku di rumah-rumah pengasuh. 

saya memiliki satu kisah benar. sepupu saya pernah dihantar ke rumah pengsauh di sekitar kawasan rumahnya pada usia 6 bulan. dan pada suatu hari ketika ibunya ingin mengambil dia dari rumah pengsuh tersebut, dia kelihatan diserang sawan atau tarik kerana faktor-faktor tertentu. setelah di periksa doktor mengesahkan anak itu jatuh atau terkena hentakan kuat di kepalanya hingga menyebabkan dia lumpuh dan sering tarik sawan. bila berjumpa pengasuh dan bertanya kepada dia, mereka mengelak dan memberi alasan yang pelbagai. disebabkan pengasuh itu merahsiakan apa yang terjadi, tindakan lanjut tidak dapat dibuat tambahan pula ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak mahu memperbesarkan perkara yang sudah pasti meruntun hati itu. namun umur kanak-kanak ini panjang. dia meninggal ketika usianya 18 tahun dan ibu bapanya mengasuhnya dengan penuh kasih sayang sepanjang umurnya itu. 

daripada kisah ini saya mula terfikir. apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam sistem pengasuh di sekolah ini.

PENGASUH – YANG POSITIF

  1. Senang jaga. Selalunya pengasuh di rumah tidak mengambil ramai anak-anak jagaan kerana bimbang tidak dapat dikawal.
  2. Penyakit jarang berjangkit — Anak sedara saya jarang demam
  3. Tumpuan yang diberikan lebih kepada anak, kerana tidak ramai.
  4. Mudah ibu bapa jika terpaksa outstation kerana kebanyakannya menghantar berhampiran rumah, dan ada pengasuh yang tidak kisah jika anak jagaan tidur malam di rumahnya.
  5. Selalunya pengasuh sudah sedikit berumur, ada banyak pengalaman menjaga anak-anak
PENGASUH – YANG NEGATIF
  1. Anak-anak kurang bergaul, kecuali jika pengasuh ada anak/mengambil ramai anak jagaan.
  2. Kes penderaan fizikal dan seksual selalu dilaporkan berlaku di rumah pengasuh.
  3. Disiplin mungkin sedikit kurang kerana selalunya pengasuh tiada jadual makan dan tidur.
  4. Kurang aktiviti yang mampu menjana minda bayi.
  5. Sukar mendapatkan pengasuh yang boleh dipercayai di sekitar kawasan rumah/ kerja

"Jangan kerana tergesa-gesa dan berasa tidak cukup masa lantas menghantar anak tanpa menyiasat terlebih dulu latar belakang tempat asuhan itu sehingga ada anak terabai, didera atau diperlakukan sesuatu yang merugikan masa depan anak itu sendiri. "Sebelum sesuatu perkara yang tidak elok berlaku, lebih baik kita berwaspada," kata Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia, Shamsinar Sharif.

oleh itu ibu bapa harus bijak mendidik anak-anak. pilih tempat asuhan yang terbaik, selamat dan sesuai untuk perkembangan anak-anak secara menyeluruh. jangan memandang kepada isi-isi luaran. ibu bapa harus pandai menilai pengsauh atau gaya asuhan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

sekian terima kasih.

No comments: