- lebih selamat dan ada orang yang menjaga
- dapat membaca, menulis dan mewarna
- hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan
- memang anak-anak 5/6 tahun harus ke sekolah.
4 perkara berikut merupakan perkara biasa yang dijadikan alasan oleh ibu bapa mengapa mereka hantar anak mereka ke tadika atau pra sekolah.
namun mereka terlupa bagaimana cara pembeljaran yang digunakan guru dan adakah ia baik untuk anak-anak mereka.
- kanak-kanak akan memiliki kemahiran yang berlainan seperti adakan kanak-kanak mahir dalam pendekatan yang di ajar di tadikanya dan ada kanak-kanak mahir dalam bidang yang lain misalnya bahasa inggeris dan bahasa arab.
- kanak-kanak memiliki cara atau pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak yang berlainan seperti membaca dengan fonik dan membaca dengan suku kata.
- apabila di sekolah rendah. akan terdapat perbezaan-perbezaan ketara di antara mereka yang belajar di tadika swasta dan tadika kerajaan.
- penerimaan pelajar yang berlianan menyukarkan guru sekolah rendah mengambil alih tanggungjawab guru tadika yang menggunakan pendekatan dan kurikulum yang pelbagai.
kesan-kesan ini ada yang merupakan kesan positif, namun masih ada kesan negatif kepada kanak-kanak. oleh itu, pihak tadika seharusnya menyelaraskan cara pembelajaran di tadika-tadika di Malaysia supaya jurang perbezaan di antara mereka yang lemah dan bijak kurang.
No comments:
Post a Comment