Wednesday, May 9, 2012

REFLEKSI 13: KEPENTINGAN POLISI



polisi ini di cipta untuk memudah kan semua pihak...
polisi ini juga merupakan syarat atau kehendak pihak tadika....

  • Kemasukan
- Kanak-kanak 0 sehingga 4 tahun sahaja.
- Kanak-kanak yang normal
- Hanya ibu bapa/ahli keluarga yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa dibenarkan menjumput kanak-kanak pulang.
  • Yuran
- Yuran pendaftaran.
- Yuran bulanana 
- Yuran tidak akan dipulangkan sekiranya ibu bapa ingin mengeluarkan kanak-kanak
- Yuran bulanan hendaklah dibayar selewat-lewatnya 4 hari bulan setiap bulan.
  • Kurikulum
- Kurikulum yang digunakan adalah kurikulum PERMATA
- Idea daripada ibu bapa akan diambil kira dalam melaksanakan kurikulum
- Penilaian ke atas kanak-kanak akan diadakan pada setiap bulan
- Taska akan mengikut perkembangan Kurikulum PERMATA. Jika terdapat perubahan pada kurikulum ini, pihak taska akan mengikut perubahan tersebut
  • Keselamatan
- Pemberian ubat-ubatan adalah atas kebenaran daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu menandatangani surat kebenaran pemberian ubat-ubatan
- Jika terdapat sebarang masalah kesihatan kepada kanak-kanak, ibu bapa akan dimaklumkan oleh guru
- Alat pemadam kebakaran perlulah diperiksa tarikh luput dan diisi semula mengikut tarikh yang dinyatakan
- Bangunan taska dilengkapi dengan alat penggera kebakaran
- Pastikan tidak terdapat objek-objek yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak berada di tempat tidak sepatutnya dan mudah dicapai kanak-kanak
  • Kanak-kanak
- Bayi berusia 0 sehingga 2 tahun
- Nisbah guru kepada bayi adalah 1:3
- Kanak-kanak 3 sehingga 4 tahun
- Kanak-kanak diwajibkan memakai uniform taska pada hari Isnin sehingga Rabu
- Kanak-kanak diwajibkan memakai baju sukan dan baju renang pada hari Khamis
- Kanak-kanak diwajibkan memakai baju kebangsaan (baju melayu, kurung, dan baju kebangsaan mengikut kaum) pada hari Jumaat
- Aktiviti kanak-kanak sama ada aktiviti dangan bimbingan atau bebas akan dipantau oleh guru sepenuh masa
  • Persekitaran
- Pintu dan tingkap taska perlulah dilengkapi dengan gerigi yang diluluskan oleh pihak bomba
- Permukaan lantai dilapisi dengan tikar lembut
- Alat permainan di taman permainan perlulah bebas daripada karat
- Kawasan taman permainan dilengkapi tikar getah
- Perabut perlulah mengikut ketinggian kanak-kanak
- Kawasan tempat tidur bayi perlulah dipastikan bebas bunyi bising
  • Ibu bapa
- Penglibatan ibu bapa sepenuhnya dalam aktiviti tertentu seperti hari sukan, hari anugerah kecemerlangan dan hari terbuka
- Ibu bapa perlulah menyediakan barang keperluan bayi seperti susu dan lampin
- Sekiranya ibu bapa pempunyai sebarang masalah dengan pihak taska, perlulah dimaklumkan kepada penyelia taska
- Ibu bapa perlulah memberitahu pihak taska terlebih dahulu sekiranya terdapat ahli keluarga selain yang dibenarkan ingin mengambil kanak-kanak pulang
  • Guru/Staf
- Kelayakkan untuk menjadi guru adalah berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan
- Guru perlu menghadiri kursus-kursus yang telah diaturkan oleh pihak taska
- Sekiranya guru tidak dapat menghadiri kursus, perlulah disediakan surat tunjuk sebab. Hanya alasan yang munasabah sahaja akan dipertimbangkan
- Guru tidak dibenarkan membuat kerja sampingan semasa bekerja di sini
- Guru tidak dibenarkan bergaduh sesama rakan sekerja. Sebarang ketidakpuashatian perlulah dilaporkan kepada penyelia taska
- Guru tidak dibenarkan menghukum kanak-kanak
- Guru renang dan muzik perlulah merupakan individu yang pakar dalam bidang masing-masing
- Sekiranya guru tidak dapat dating ke taska, perlulah memaklumkan kepada penyelia taska selewat-lewatnya sejam sebelum waktu kelas bermula. Surat cuti perlulah diserahkan pada hari seterusnya
  • Masa dan Jadual Waktu
- Waktu operasi taska adalah daripada 7.30 sehingga 8.30 malam
- Pihak taska tidak menyediakan pengangkutan untuk menjemput atau menghantar kanak-kanak ke rumah masing-masing
- Jadual waktu guru-guru disediakan oleh guru besar
- Jika terdapat sebarang bantahan berkenaan dengan jadual waktu, guru perlu memberitahu kapada guru besar - Guru-guru dibenarkan untuk mengubah waktu sesama sendiri dengan kebenaran guru besar.

berikut merupakan contoh polisi yang terdapat di sebuah tadika atau pengusaha pusat asuhan kanak-kanak.
apakah kepentingan polisi ini?

saya akan memberikan beberapa situasi di mana polisi diperlukan dalam pentadbiran di pusat asuhan kanak-kanak.
  1. terdapat ibu bapa yang membuat laporan polis mengatakan anaknya telah diberi minum susu yang basi. sedangkan di dalam polisi telah menyatakan, ibu bapa harus menghantar anak dengan susu yang telah siap di buat dan akan diletakkan di dalam peti sejuk di bawah suhu tertentu. polisi ini dapat membantu mempertahankan premis berkenaan.
  2. terdapat ibu bapa yang menyalahkan pihak tadika apabila anak-anak mereka malas belajar dan sering tertekan untuk ke sekolah kerana tidak dapat menguasai sesuatu mata pelajaran. ibu bapa mengumumkan perkara tersebut di dalam blog peribadi agar ibu bapa lain tidak tersalah langkah menghantar anak ke situ. sedangkan di dalam polisi tadika telah terpapar kurikulum yang diguna adalah berdasarkan pendekatan peepriksaan dan pembelajran yang serius. dan ibu bapa atau mana-mana pihak tidak boleh meletakkan nama tadika di mana-mana sumber sehigga menjatuhkan organisasi dan perjalanan tadika tersebut. jika perkara itu berlaku maka ibu bapa boleh di saman.
  3. ibu bapa tidak menyertakan diri di dalam aktiviti di tadika. sedangkan polisi telah mewajibkan ibu bapa meluangkan diri 2 jam seminggu di tadika. pihak tadika boleh mengambil tindakan keras agar ibu bapa mengikuti syarat itu kerana ia telah terdapat di dalam polisi.
berikut merupakan beberapa contoh kepentingan polisi di sesebuah tadika. tanpa polisi atau syarat-syarat bergini, tadika tersebut tidak mungkin mempunyai paksi apabila mengalami masalah dengan ibu bapa. oleh itu kita sebagai guru atau pengusaha tadika harus bijak mewujudkan polisi yang boleh menguntungkan pihak tadika juga pihak ibu bapa.

sekian, terima kasih

No comments: