Tuesday, May 8, 2012

REFLEKSI 12: PROMOSI TADIKA


stratergi pemasaran itu sangat penting bagi sesebuah pengusahaan baru. tidak kira apa juga perniagaan yang di lakukan, pemasaran itu merupakan titik bertindak kejayaan organisasi tersebut.oleh itu di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang apakah pemahaman saya tentang cara promosi yang terbaik. kekilafan itu memang akan berlaku, namun saya masih mula belajar dan harap dapatlah anda memperbetulkannya.

pemasaran adalah salah satu cara yang paling penting bagi menghidupkan sesuatu organisasi atau menghidupkan produk syarikat. jika sabun LUX menggunakan artis dengan kulit yang cantik bagi melakukan sabunnya, sebagai pengusaha tadika pula haruslah menggunakan kanak-kanak bagi menjanakan lagi pendapatan secara tidak langsung memajukan pusat asuhan atau tadikanya. bagaiman???

sebagai seorang yang arif dengan dunia kanak-kanak, pengusaha haruslah membuat sesuatu agar kanak-kanak tertarik untuk ke tadika anda. atau pun ibu bapa sendiri rasa ingin mengenali tadika anda. selain warna tadika yang ceria, layout tadika yang cantik, personaliti guru dan pengusaha juga harus memberi keyakinan kepada ibu bapa. jika banner, atau bantig, atau poster telah dibuat dan menunjukkan betapa cantiknya tadika, tetapi setelah ibu baa berkunjung ke situ, mereka melihat guru tadika sangat daif, tidak ceria dan tiada personaliti diri. bagaimana mereka akan terpikat untuk terus mengekalkan anak mereka belejar di situ.

seterusnya, adakanlah open day bagi membantu ibu bapa dan kanak-kanak menguasai atau gembira dengan kurikulum dan persekitaran tadika anda. open day adalah hari yang tepat bagi memperkenalkan ibubapa bentuk pendekatan dan pengajaran yang akan diadakan di sekolah itu. mungkin tidak logik jika ope day diadakan, dan kanak-kanak harus belajar, namun mungkin guru boleh merancang aktiviti yangmenarik antara ibu, guru dan anak. jika ibu bapa yakin bahawa sekolah itu mempunyai unsur-unsur yang kreatif dalam mengajar anak-anak mereka, mereka akan terus yakin dan memberi kepercayaan kepada pihak tadika untuk mendidik anak-anak mereka.

bagi peluang kepada penyelidik, atau pelajar-pelajar ijazah atau diploma membuat latihan industri di situ, hal ini kerana, peluang ini merupakan cara percuma bagaimana nama tadika itu akan terus tersebar. jika kerjasama yang diberikan sangat memberangsangkan dan sangat baik, tidak mustahil nama tadika akan terus berada di mulut-mulut mereka dan menjadi sebagai salah satu sumber tadika itu dipromosi secara tidak langsung.

seterusnya paling penting tadika itu sendiri harus mempunyai kekuatan yang tersendiri agar ramai orang atau para ibu bapa jatuh hati dan menghantar anak mereka ke tadika tersebut.



sekain, terima kasih

No comments: