Tuesday, May 8, 2012

Refleksi 11: jadilah guru yang penyabar


Kebelakangan ini kita telah didedahkan dengan pelbagai masalah-masalah yang berlaku di tadika, rumah dan persekitaran mengenai penderaan kanak-kanak. tidak kira dari segi mental, emosi, seksual dan fizikal. Adakala kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berada di dalam pemikiran mereka yang mendera. begitu tega menyakiti anak-anak yang dianggap begitu mulia bak kain putih dan bersih. namun mungkin kita lupa atau terlepas pandang perkara yang mungkin kita dapat mengawal, tetapi mereka tidak.

oleh itu, jika ada para guru yang membaca refleksi ini, jadilah orang yang penyabar. Sabar itu mulia di sisi Allah. jangan meletakkan atau menghemburkan segala kemarahan, sakit hati, tekanan kepada kanak-kanak. hal ini kerana anak-anak bukan tempat membuang kemarahan. bersabarlah. lihat muka mereka ketika sedang nyenyak tidur. MasyaAllah, begitu suci, comel dan bersihnya mereka. kenapa anak sebersih itu harus kita marah dan herdik.

jika kamu menjerit, kanak-kanak akan menjerit, jika kamu menengkig mereka juga kan menengking. kenapa??? kerana percayalah, anak-anak belajar dari peniruan. mereka meniru setiap perlakuan orang dewasa, ibu bapa dan guru. jadi, haruslah seorang guru itu menjadi contoh terbaik buat mereka. sabar itu separuh dari iman.

terdapat satu kisah benar yang berlaku di hadapan mata saya:



terdapat seorang guru yang sedang berurusan dengan ibu bapa. tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak lain yang menjerit-jerit di dalam pejabat guru. kanak-kanak berusia 5 tahun. lalau kenakalan kanak-kanak ini menjerit-jerit perkataan bodoh. sudah semestinya guru menjadi marah. lalu, setelah ibu bapa lain itu pulang, guru memanggil kanak-kanak tadi. guru memarahinya dengan menarik telinga kanak-kanak itu sehingga merah. sifat semula jadi kanak-kanak memang begitu, nakal. dia masih mencabar guru dengan mengatakan tidak sakit. lalu guru yang sedang tercabar mengurung kanak-kanak tersebut di dalam bilik gelap. tidak cukup dengan itu, guru mengambil cili padi di dalam peti sejuk tadika, dan meletakkan ke mulut kanak-kanak itu sehingga dia menjerit kepedasan. lalu guru mengurung kanak-kanak itu beberapa minit di dalam bilik gelap itu. akhirnya kanak-kanak itu tidur dalam tangisan, kepedasan dan ketakutan.
guru yang baik adalah guru yang penyabar. nilailah sendiri bagaimana akibatnya kepada kanak-kanak ini jika guru hilang kesabaran. oleh itu sebagai seorang guru, saya merasakan tidak layak kita menghembur segala kemarahan begitu sahaja kepada kanak-kanak walaupun marah. ada cara terbaik untuk mendidik mereka.

refleksi ini sekadar perkongsian, dan renung-renungkan lah.
sekian, terima kasih.




No comments: