Patung-patung merupakan karya Prof. Hatta Azad Khan. Ia merupakan antara karya terawal beliau dalam teater absurd. Teater absurd merupakan teater yang menonjolkan sesuatu yang diluar pemikiran akal dan tidak jelas. Teater absurd juga lebih meminta penonton berfikir dari tindak tanduk dan kelakuan para pelakon lebih dari lisan yang diutarakan. Teater jenis ini sangat bertentangan dengan teater realism. Ia menolak pembawakan teater realism terutama di dalam prop, set dan pengcahayaan.
Di dalam teater patung-patung yang telah dipersembahkan oleh pelajar-pelajar UPSI ke Pertandingan Festival Teater MAKUM 2011, menunjukkan bahawa set dan prop bagi setiap babak penceritaan tidak ada perubahan, namun pengcahayaan dan ‘sport light’ banyak memainkan peranan penting. Misalnya pada babak hanya Mega dan Maya di atas pentas. Pengcahyaan ‘sport light’ hanya fokus kepada dua watak ini.
Berikut merupakan set di dalam teater patung-patung yang banyak menggunakan bentuk-bentuk serta perlambangan. Warna yang banyak digunakan adalah warna putih, biru, kuning dan merah. Menurut Roy A.Beck di dalam penulisannya bertajuk Stagecraft,(1999) , warna juga dapat mempengaruhi mood serta penceritaan di dalam sebuah pementasan. Berikut merupakan senarai warna serta mood yang mungkin dibawa di dalam pementasan tersebut.
ª Kuning melambangkan kegembiraan, tenang, mentari, jika agak pudar melambangkan kesakitan, penakut dan cemburu.
ª Merah melambangkan dendam, keseronokan yang teramat sangat dan bahaya.
ª Ungu melambangkan kesetiaan, kemuliaan, kematian, kesedihan dan kekuatan semangat.
ª Biru melambangkan ketenangan, jarak jauh dan kekosongan
ª Hitam pula melambangkan penonjolan, kematian, tekanan. Terlalu banyak hitam di atas pentas boleh memberi tekanan kepada penonton tetapi hitam yang bercampur dengan warna lain boleh membangkitkan emosi yang lain.
ª Putih pula melambangkan kepada kebenaran, tidak bersalah, suci, tenang.
Warna-warna ini memainkan peranan yang sangat penting. Misalnya kebanyakkan pedestal yang telah digunakan bewarna putin dan hanya satu pedestal yang berwarna merah. Hal ini mempunyai satu simbol yang tersendiri, dimana setiap warna yang telah digunakan mempunyai maksud dan tafsiran yang tersendiri.
Selain itu penggunaan pengcahayaan juga penting di dalam pementasan sesuatu teater. Misalnya, di dalam teater patung-patung ini pengcahayaan banyak digunakan bagi membantu penonton melihat serta fokus pada satu-satu watak yang sedang beraksi. Dan adakala kehadiran cahaya adalah bagi menyempurnakan perlambangan serta simbol yang ingin di sampaikan. Lampu sering diterangkan apabila keluarnya watak-watak seperti wak, saudagar, dan Dupa. Walaupun watak Dupa dan mak memerlukan kawasan atau suasana yang berbeza, namun penggunaan set yang tidak berubah memerlukan cahaya bagi lebih memberi fokus pada watak mereka. Begitu juga ketika wak sedang mencari lembunya yang hilang.
Berikut merupakan beberapa kepentingan pengcahayaan:
1. Penonton datang untuk menonton persembahan.
2. Setiap karya teater atau pementasan teater mempunyai mood yang perlu ditukarkan di dalam bentuk tetapan dan pengcahayaan.
3. Pengcahayaan memenunjukan penukaran masa, siang, malam, tengahhari dan tengah malam.
4. Kesan khas seperti kilat, bayang dan percambahan cahaya.
Keempat-empat kepentingan pengcahayaan ini merupakan kewujudan persembahan, mood, masa, dan kesan khas. Hal ini supaya penonton tidak perlu mengecilkan mata melihat persembahan yang pengcahayaan terlalu terang. Hilang emosi kerana pengcahayaan terlalu gelap dan sukar memasuki dunia pelakon kerana cahaya yang tidak seimbang dengan masa dan waktu babak lakonan. ( B.A. Roy,1999)
Di dalam pementasan teater berbentuk absurd, selalunya sesuatu objek di anggap lebih penting daripada bahasa. Apa yang telah terjadi lebih penting daripada apa yang telah dikatakan. Sesuatu yang tersembunyi dan memerlukan penonton berfikir merupakan ciri penting di dalam teater absurd. Selain itu teater absurd tidak mempunyai konflik yang dramatis. Pelakon lebih menggunakan elemen-elemen visual, gerak dan pengcahayaan bagi menjelaskan lagi mesej dan penceritaan yang ingin di sampaikan. Ia sangat berbeza dengan teater realism yang menjadikan bahasa sebagai dominasi untuk komunikasi.
Teater patung-patung ini juga banyak menggunakan pedestal di dalam prop dan set pementasan. Terdapat beberapa bentuk pedestal kayu yang telah digunakan. Di antaranya adalah pedestal berbentuk segitiga, empat segi tepat dan empat segi sama yang berbentuk 3D. Selain itu, terdapat juga satu pedestal panjang sebagai laluan masuk ke set pementasan ini. Terdapat patung-patung yang telah dililitkan dengan kain putih dan merah di atas sesetengah pedestal. Kebanyakkan pedestal ini bewarna putih dan hanya terdapat satu pedestal yang berbentuk bulat dan bewarna merah. Pedestal itu merupakan tapak dimana Maya berdiri dan membawa perlambangan Maya kepada Mega.
Selain itu kedudukan-kedudukan pedestal serta patung-patung tersebut juga turut melambangkan sebuah kawasan atau sebuah pusat membuat pakaian yang terdapat patung-patung dengan fesyen-fesyen tersendiri. Kain sebagai lilitan juga membawa maksud yang tersendiri umpama patung tersebut sedang disiapkan atau sedang disempurnakan. Selain itu kostum 5 patung-patung yang menjadi kebanggaan Mega dan boleh berkata-kata juga menunjukkan perbezaan di antara setiap watak tersebut yang telah diberi salah satu rukun yang dicipta oleh Mega. Misalnya terdapat patung-patung tersebut yang memakai lilitan pakaian plastik, kain yang bewarna warni serta lilitan kain putih umpama mumia. Setiap patung-patung ini mempunyai kuasa dan kebolehan yang tersendiri dan berbeza. Di setiap babak yang menggunakan patung-patung ini, ia menunjukkan seperti set pementasan di sebuah butik pakaian atau membuat patung-patung.
Selain itu, salah satu faktor yang penting di dalam pementasan juga adalah penggunaan kostum. Kostum Mega, Maya, Dupa, Alang dan 5 patung-patung kebanggaan Mega. Kostum bagi watak wak, ibu dan saudagar lebih menunjukkan siapa mereka dan memakai pakaian yang boleh dianggap realism. Misalnya wak memakai pakaian ibarat orang jawa, mak memakai baju kurung dan kain batik dan saudagar memakai pakaian saudagar beserta capal dan tongkatnya, seperti watak saudagar pada cerita bangsawan.
Namun pemakaian yang di bawa oleh Mega lebih berbentuk perlambangan dengan rambut yang bewarna merah. Mega boleh dianggap seperti seorang yang hanya ingin hidup dalam dunia kekuasaan jari-jarinya. Seorang yang penuh rasa dendam dan bongkak dalam perwatakannya. Dan dia juga kelihatan sedih untuk menerima kekurangan dan takut pada kebenaran dalam kehidupan. Pemakaian Mega sama seperti watak Charlie di dalam ‘Chocolate Factory’ yang mana dia juga membawa perwatakan yang penuh dengan kesedihan, dendam dan kekuasaan diri sendiri. Perlambangan ini memberi penonton memahami sedikit perwatakan yang cuba disampaikan oleh Mega.
Maya pula umpama patung-patung perempuan dengan peragaan pakaian ‘dress’ yang bewarna merah. Pedestal dan pakaian Maya yang berwarna merah lebih melambangkan kewujudan Maya di dalam dendam atau kisah sedih watak itu yang di akhir babak pementasan ini Maya bersuara menyatakan rasa hatinya.
Kostum bagi 5 patung-patung kebanggaan Mega juga mempunyai perlambangan yang tersendiri. Penggunaan alatan yang berbeza seperti kertas, plastik,kain dan benang. Kelima-lima patung-patung ini mempunyai kuasa yang tersendiri yang akhirnya menuntut kesempurnaan dari Mega. Kelima-lima patung-patung yang cuba keluar dari dunia mereka untuk bebas seperti manusia. Dan pada akhirnya mereka yang menjatuhkan Mega, pencipta mereka. Warna putih melambangkan patung-patung ini juga mungkin bagi menimbulkan objek di dalam pencahayaan atau mungkin mempunyai perlambangan yang cuba disampaikan.
Manakala kostum bagi Alang yang diibaratkan sebagai seorang pelawak atau seorang yang cuba menyelesaikan masalah Mega, Dupa dan Maya, yang mengetahui semua cerita di dalam pementasan ini mungkin mempunyai perlambangan yang tersendiri. Pakaian yang bewarna warni dan gabungan dari kain-kain yang tampung menunjukkan seperti Alang seorang badut yang wujud di dalam babak yang penuh sindiran dan cuba melawan Mega secara diam atau melalui tindakan yang tersembunyi. Dia meminta Mega membenarkan dia menjadi sebahagian dari kehidupan patung-patung tersebut dan akhirnya dia yang memberi jalan dan cadangan supaya patung-patung tersebut melawan Mega. Bagi babak Ibu dan Dupa pula Alang kelihatan seperti seorang normal yang cuba menyelamatkan rasa bimbang dua beranak itu dan cuba mempertahankan Dupa dan berhajat membalas dendam kepada Mega.
RUJUKAN
B.A. Roy (1999). Stagecraft. Western Michigan University: National Textbook Company.
No comments:
Post a Comment