Wednesday, May 9, 2012

REFLEKSI 13: KEPENTINGAN POLISI



polisi ini di cipta untuk memudah kan semua pihak...
polisi ini juga merupakan syarat atau kehendak pihak tadika....

  • Kemasukan
- Kanak-kanak 0 sehingga 4 tahun sahaja.
- Kanak-kanak yang normal
- Hanya ibu bapa/ahli keluarga yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa dibenarkan menjumput kanak-kanak pulang.
  • Yuran
- Yuran pendaftaran.
- Yuran bulanana 
- Yuran tidak akan dipulangkan sekiranya ibu bapa ingin mengeluarkan kanak-kanak
- Yuran bulanan hendaklah dibayar selewat-lewatnya 4 hari bulan setiap bulan.
  • Kurikulum
- Kurikulum yang digunakan adalah kurikulum PERMATA
- Idea daripada ibu bapa akan diambil kira dalam melaksanakan kurikulum
- Penilaian ke atas kanak-kanak akan diadakan pada setiap bulan
- Taska akan mengikut perkembangan Kurikulum PERMATA. Jika terdapat perubahan pada kurikulum ini, pihak taska akan mengikut perubahan tersebut

Tuesday, May 8, 2012

REFLEKSI 12: PROMOSI TADIKA


stratergi pemasaran itu sangat penting bagi sesebuah pengusahaan baru. tidak kira apa juga perniagaan yang di lakukan, pemasaran itu merupakan titik bertindak kejayaan organisasi tersebut.oleh itu di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang apakah pemahaman saya tentang cara promosi yang terbaik. kekilafan itu memang akan berlaku, namun saya masih mula belajar dan harap dapatlah anda memperbetulkannya.

pemasaran adalah salah satu cara yang paling penting bagi menghidupkan sesuatu organisasi atau menghidupkan produk syarikat. jika sabun LUX menggunakan artis dengan kulit yang cantik bagi melakukan sabunnya, sebagai pengusaha tadika pula haruslah menggunakan kanak-kanak bagi menjanakan lagi pendapatan secara tidak langsung memajukan pusat asuhan atau tadikanya. bagaiman???

sebagai seorang yang arif dengan dunia kanak-kanak, pengusaha haruslah membuat sesuatu agar kanak-kanak tertarik untuk ke tadika anda. atau pun ibu bapa sendiri rasa ingin mengenali tadika anda. selain warna tadika yang ceria, layout tadika yang cantik, personaliti guru dan pengusaha juga harus memberi keyakinan kepada ibu bapa. jika banner, atau bantig, atau poster telah dibuat dan menunjukkan betapa cantiknya tadika, tetapi setelah ibu baa berkunjung ke situ, mereka melihat guru tadika sangat daif, tidak ceria dan tiada personaliti diri. bagaimana mereka akan terpikat untuk terus mengekalkan anak mereka belejar di situ.

Refleksi 11: jadilah guru yang penyabar


Kebelakangan ini kita telah didedahkan dengan pelbagai masalah-masalah yang berlaku di tadika, rumah dan persekitaran mengenai penderaan kanak-kanak. tidak kira dari segi mental, emosi, seksual dan fizikal. Adakala kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berada di dalam pemikiran mereka yang mendera. begitu tega menyakiti anak-anak yang dianggap begitu mulia bak kain putih dan bersih. namun mungkin kita lupa atau terlepas pandang perkara yang mungkin kita dapat mengawal, tetapi mereka tidak.

oleh itu, jika ada para guru yang membaca refleksi ini, jadilah orang yang penyabar. Sabar itu mulia di sisi Allah. jangan meletakkan atau menghemburkan segala kemarahan, sakit hati, tekanan kepada kanak-kanak. hal ini kerana anak-anak bukan tempat membuang kemarahan. bersabarlah. lihat muka mereka ketika sedang nyenyak tidur. MasyaAllah, begitu suci, comel dan bersihnya mereka. kenapa anak sebersih itu harus kita marah dan herdik.

jika kamu menjerit, kanak-kanak akan menjerit, jika kamu menengkig mereka juga kan menengking. kenapa??? kerana percayalah, anak-anak belajar dari peniruan. mereka meniru setiap perlakuan orang dewasa, ibu bapa dan guru. jadi, haruslah seorang guru itu menjadi contoh terbaik buat mereka. sabar itu separuh dari iman.

terdapat satu kisah benar yang berlaku di hadapan mata saya: