Sunday, May 6, 2012

REFLEKSI 9: MEMBUKA PUSAT ASUHAN SENDIRI


membuka pusat asuhan sendiri mungkin telah menjadi impian ramai dari pelajar-pelajar pendidikan awal kanak-kanak. kenapa??? kerana pembelajaran atau apa yang telah diperolehi sepanjang mengambil ijazah atau diploma membuatkan kita terbuka mata betapa penting dan seronoknya perniagaan atau perkhidmatan kepada anak-anak kecil ini. kita melihat mereka sangat comel dan penuh dengan kasih sayang. maka terbitlah rasa tanggungjawab untuk menyampaikan segala ilmu dan memebimbing mereka secara sepatutnya kita lakukan.

bagi pendapat saya membuka pusat asuhan sendiri adalah satu impian yang mungkin akan tercapai jika saya benar-benar bersungguh-sungguh melakukannya. modal bersih bagi memiliki sebuah pusat asuhan sendiri mungkin mencecah puluhan ribu. namun kini telah banyak sumber-sumber kewangan yang berlesen boleh membantu mereka yang mahu membuka pengusahaan baru.

saya sangat menarik hati tentang cara pembelajaran dan pendekatan mereka yang di luar negara seperti sure star, head start dan montessori. kebanyakkan mereka meletakkan pendekatan belajar melalui pengalaman kepada anak-anak. hal ini sebenarnya dapat membantu anak-anak melalui pengalaman sebenar dalam kehidupan suatu hari nanti. mereka akan jadi lebih berani, yakin dan tetap pendirian. kesalahan itu merupakan titik permulaan sebuah kejayaan.

jika dari sudut layout atau bentuk tadika saya, saya sangat menyukai tadika yang mempunyai ruang yang luas. permainan yang tidak terikat dengan playground. namun kanak-kanak bebas berlari naik turun bukit, buai digantung dipokok besar dan mereka belajar membuai bersama, ada taman untuk mengutip bunga dan terdapat pondok yang boleh dibuat rumah. biarlah mereka bermain dengan penuh kreatf dan gembira.

 
permainan sebegini sudah biasa dan akan menjadi halanagan untuk kanak-kanak bertindak dengan lebih kreatif.


kanak-kanak didedahkan dengan pengalaman yang lebih menyeronokkan 

ini adalah apa yang saya fikir dan impikan. antara tercapai atau tidak itu hanya berserah kepada yang Maha Berkuasa. 
sekaian, terima kasih.

No comments: