Saturday, April 16, 2011

CIRI-CIRI TINGKAH LAKU BERMASALAH: MAKAN

Kanak-kanak yang cerewet untuk makan:
·         Mereka hanya makan beberapa jenis makanan yang digemari sahaja.
·         mereka sering mengelak pada waktu makan seperti sarapan pagi, tengahari dan malam.
·         Mereka suka kepada makanan ringan dan bergula seperti ais krim dan gula-gula.
·         Kanak-kanak suka menolak sayur-sayuran yang mentah atau telah dimasak.
·         Lebih memberi tumpuan pada permainan dan menonton televisyen sehingga menghindari makanan.
·         Bermain di tempat makan seperti membuang makanan,
·         Menolak makanan, membuang makanan dan bermain dengan makanan.
·         Makan berlebihan hingga menyebabkan obesiti


Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri ini mungkin mempunyai masalah dengan pemakanan yang diberi oleh ibu bapa sejak awal kelahiran dan mula mngenal makanan pejal. Kanak-kanak yang menolak makanan, mungkin mempunyai pengalaman buruk berkenaan makanan tersebut hingga mnyebabkan dia fobia untuk mencuba. Oleh hal yang demikan, dia akan bermain dengan makanan tersebut. selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam pemakanan anak-anak. Memberi pendedahan kepada anak tentang makanan ringan atau manis boleh mnyebabkan anak-anak kurang minat pada makanan yang berkhasiat. Kerisauan ibu bapa yang melampau tentang pemakanan anak-anak juga merupakan faktor yang membawa kepada masalah ini. ibu bapa membiarkan anak-anak makan yang berlebihan sehingga terjadinya obesiti.hal ini boleh di tangani dengan mengamalkan beberapa amalan dalam kehidupan seharian. Berikut merupakan cadangan yang boleh di amalkan oleh ibu bapa:
1.      Beri anak peluang untuk makan sendiri.
2.      Berikan makanan dalam jumlah yang kecil dahulu.
3.      Jadikan waktu makan, sebagai waktu yang menyeronokkan.
4.      Jangan paksa anak makan
5.      Pelbagaikan menu harian.
6.      Hidangkan makanan yang menarik
7.      Bijak menyediakan makanan gantian. Misalnya jika anak tidak gemar meminum susu, kita hendaklah bijak mencari makanan gantian yang sesuai seperti keju atau yogurt.
8.      Pastikan anda yang berkuasa terhadap makanan yang anak makan. Misalnya jangan sesekali membiarkan anak membuat keputusan sendiri terhadap apa yang dia ingin makan.
9.      Ibu bapa boleh mengawasi setiap makanan yang diambil jika makan bersama keluarga pada waktunya.
10.  Ibu bapa tahu apakah makanan kegemaran anak-anak dan apakah makanan yang tidak digemari.
11.  Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran masuk dalam menu keluarga.
12.  Galakkan anak memilih snek yang berkhasiat pada waktu rehat mereka contohnya yogurt, buah-buahan, lobak,keju dan biskut bijirin.
13.  Hidangkan anak-anak dengan makanan yang kaya dengan sumber protein.
14.  Galakan anak makan bijirin untuk mendapatkan serat.
15.  Kurangkan pengambilan makanan segera seperti gula-gula dan keropok.
16.  Sediakan makanan tambahan seperti pil vitamin dan sirap ikan kod.
17.  Ibu bapa menjadi ‘role model’ kepada kanak-kanak.
18.  Jangan berperanga makan dengan anak-anak. Ibu bapa harus sabar dengan kanak-kanak yang baru belajar makan dan menggunakan sudu untuk makan.
19.  Ajak sekali anak ke dapur pada sesuatu masa untuk membiarkan mereka memberi cadangan menu dan membantu menyediakan menu pada hari tersebut.
20.  Temani anak anda sepanjang dia makan.
Dalam persperktif islam:: adab makan
  1. Basuh tangan
  2. Dimulai dengan Bismillah
  3. Diikuti dengan doa mula makan
  4. Makan dengan tangan kanan.
  5. Makan dengan tertib dan tidak berebut-rebut
  6. Makanan lembut diikuti makanan keras
  7. Makan dengan mengunyah sehingga lumat
  8. Tidak digalakkan berbual
  9. Tidak bergurau semasa makan
  10. Gunakan alas meja
  11. Tidak membazir makanan
  12. Masukkan kerusi ke dalam meja jika makan dimeja
  13. Buang sisa makanan ke dalam tong sampah
  14. Bantu hidangkan makanan
  15. Minum air dan makan buah selepas 10 minit selesai makan
  16. Membaca doa selepas makan
Mulakan dengan Bismillah

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, " Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah'). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwaluhu wa akhirahu' (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.
Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab, "Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

Makan yang berhampiran.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Galakan guna tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (HR Muslim)

Larangan mencela makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (HR Bukhari dan Muslim)

Tidak bersandar ketika makan

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, "Aku tidak makan sambil bersandar" (HR Bukhari)

Kutip makanan yang terjatuh.

Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan" (HR Muslim)

Mula makan dari tepi (pinggir)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

Jilat jari setelah selesai

Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)" (HR Bukhari dan Muslim)

Doa setelah selesai makan

Dari Abi Umamah r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in. wa la mustaghnan 'anhu rabbana' (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

Tak melengahkan makan setelah terhidang

Dari Anas ra, Nabi saw bersabda, "Jika makan malam sudah disajikan dan Iqamah solat dikumandangkan, maka dahulukanlah makan malam." (HR Bukhari dan Muslim)

Jangan tergesa menghabiskan makan

Ibnu Umar menyatakan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah kalian tergesa-gesa menyelesaikan makan malam kalian jika sudah disajikan." (HR. Ahmad)


Mengambil makanan yang jatuh

Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah saw bersabda, "Jika makanan salah satu daripada kalian jatuh maka hendaklah diambil dan disingkirkan kotoran yang melekat padanya, kemudian hendaklah ia dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan" Dalam riwayat yang lain dinyatakan, "sesungguhnya syaitan bersama kalian dalam segala keadaan, sehinggakani syaitan bersama kalian pada saat makan. Oleh karena itu jika makanan kalian jatuh ke lantai maka kotorannya hendaklah dibersihkan kemudian dimakan dan jangan dibiarkan untuk syaitan. Jika sudah selesai makan maka hendaknya jari jemari dijilati karena tidak diketahui di bagian manakah makanan tersebut terdapat berkah." (HR Muslim no. 2033 dan Ahmad 14218)

Tidak mengambil makanan lebih dari satu

"Sesungguhnya Rasulullah saw melarang mengambil makanan lebih dari satu kecuali sesudah minta izin kepada saudaranya." (HR Bukhari no. 2455 dan Muslim no 2045) Ibnul Jauzi mengatakan, "Hadith ini berlaku pada saat makan bersama-sama. Pada saat makan bersama biasanya orang hanya mengambil satu kurma saja. Maka jika ada orang yang mengambil lebih dari satu, maka berarti dia lebih banyak daripada yang lain. Sehingga harus minta izin terlebih dahulu dari orang lain." (Kasyful Musykil, 2/565)

Menyantap makanan setelah dingin

Dalam Zaadul Ma'ad (4/223) Imam Ibnul Qoyyim mengatakan, "Nabi saw tidak pernah menyantap makanan dalam keadaan masih panas.
Gaya hidup di rumah antara punca utama masalah diet tidak seimbang kanak-kanak          
IBU bapa yang mempunyai anak cerewet makan saja yang tahu betapa sukarnya berhadapan masalah ini. Bayangkan masa makan yang boleh mengambil masa hanya setengah jam boleh bertukar menjadi berjam-jam semata-mata menggoda selera si kecil untuk makan.
Kegemukan atau obesiti di kalangan kanak-kanak antara masalah yang gemar diperkatakan, bagaimanapun tanpa disedari isu kanak-kanak yang cerewet makan juga semakin meningkat malah dianggarkan kira-kira 45 peratus ibu bapa membawa anak mereka untuk rujukan dan perkara paling ditakuti ia akan menjejaskan pertumbuhan fizikal dan psikologi kanak-kanak berkenaan.
Pakar Perunding Pediatrik, Dr William C MacLean Jr, berkata antara tanda kanak-kanak cerewet makan ialah keengganan untuk mengambil pelbagai makanan hingga menjurus kepada pengambilan satu jenis makanan saja untuk jangka waktu yang lama, keengganan untuk mencuba makanan baru selain tidak suka sesetengah jenis makanan.
Katanya punca kenapa kanak-kanak cerewet makan adalah pelbagai dan antara yang utama ialah cara hidup moden, apabila ibu bapa lebih gemar membawa anak makan di luar dan kekurangan masa terluang untuk menyediakan anak makanan sesuai dengan usia mereka.
“Apabila kanak-kanak memasuki usia dua tahun, selera makan mereka berkurangan dan pengambilan makanan juga berkurangan. Kalau zaman dulu ketiadaan televisyen umpamanya membolehkan anak memberikan tumpuan sepenuhnya pada masa makan tetapi hari ini sebaliknya, kadang-kala televisyen lebih menggoda dan mengenyangkan!.
“Makan dengan mengambil makanan yang berzat adalah dua perkara yang berbeza. Kanak-kanak yang cerewet makan menyebabkan ibu bapa cenderung membenarkan dia makan apa saja sedangkan kanak-kanak begini perlu mendapatkan sejumlah makanan yang berzat. Selalunya kanak-kanak cerewet makan berusia bawah 10 tahun tetapi paling kerap berlaku pada mereka berusia satu hingga tiga tahun.
“Keadaan ini menyebabkan ibu bapa bimbang kerana tidak pasti sama ada anak mereka makan secukupnya dan mendapat diet seimbang. Dalam banyak kes, keadaan ini menimbulkan konflik dalam keluarga dan pertentangan antara ibu bapa dengan anak. Konflik ini menyebabkan anak semakin kurang makan dan ibu bapa bertambah bimbang. Ini juga boleh menyebabkan ibu bapa menawarkan makanan yang salah sebagai percubaan untuk memujuk anak supaya makan.
“Dalam kes tertentu keadaan ini boleh merencatkan pertumbuhan dan perkembangannya. Kemajuan ekonomi juga menyebabkan ramai ibu bapa yang berkerja kesuntukan masa untuk menyediakan sajian makanan berkhasiat dan sihat untuk anak-anak. Masa untuk bersama keluarga juga semakin berkurangan dan waktu makan selalu mencetuskan kekecohan.
“Di samping itu, ramai ibu bapa mengambil jalan mudah dengan membawa anak-anak makan di luar. Kemunculan begitu banyak restoran makanan segera ditambah pula gaya hidup mewah yang diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa menyebabkan perubahan selera dan kecenderungan kanak-kanak.
“Gaya hidup ‘makan luar’ adalah antara punca utama masalah tabiat makan tidak sihat dan diet tidak seimbang di kalangan kanak-kanak zaman kini,” katanya pada taklimat media memahami dan menangani masalah tabiat makan yang tidak sihat dan anak-anak yang cerewet makan anjuran Abbott Nutrition. Turut hadir Pengurus Besar Abbott Nutrition International, Christopher Kirkham dan Pakar Pemakanan, Dr Tee E Siong.
Dr William yang juga Profesor Klinikal di Jabatan Pediatrik, Ohio State University yang juga adalah seorang pakar perunding pemakanan kanak-kanak di Institut Penyelidikan Pemakanan berkata, antara bahaya yang boleh timbul daripada kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak ialah tidak mengambil kombinasi makanan yang betul dan seimbang.
Antara lain, kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan tumbesaran, perkembangan mental dan melemahkan sistem imun. “Tidak ada makanan yang dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan kesihatan. Diet yang seimbang dapat membekalkan nutrien untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan dan memberi tenaga untuk belajar dan bermain.
“Selain memberi makanan yang betul, pemberian makanan tambahan seperti susu yang lengkap, boleh dijadikan sebahagian penting daripada program untuk menangani anak-anak cerewet makan, lebih-lebih lagi jika kadar tumbesaran mereka di bawah tahap optimum dan membimbangkan ibu bapa.
“Walaupun kebanyakan ibu tahu tahu piramid makanan tetapi mereka tidak mengamalkannya. Jadikan Piramid itu sebagai garis panduan dalam pemahaman anda terhadap pemakanan yang sihat dan mula melatih anak anda untuk makan dengan betul dengan menawarkan pelbagai jenis makanan yang seimbang.
“Baru-baru ini kajian yang dijalankan menunjukkan walaupun 1 dalam 3 ibu bimbang anak mereka tidak mendapat khasiat pemakanan yang mencukupi, lebih 70 peratus daripada mereka tidak mengawasi apa yang anak mereka makan. Ini boleh menyebabkan malnutrisi, yang mana akan menyebabkan anak menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian, mengalami masalah tumbesaran dan perkembangan serta kerap jatuh sakit,” katanya.
Sementara itu Kirkham berkata, menangani kebimbangan ibu bapa ini, Abbot Nutrition menawarkan penyelesaian kepada masalah yang semakin meruncing ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab berterusan syarikat terhadap Pemakanan Kanak-kanak Yang Sihat.
Semasa taklimat berkenaan, Abbott Nutrition turut melancarkan buku kecil PediaTips2 yang disesuaikan dengan produk PediaSure Complete. Edisi terbaru dalam dalam siri buku kecil popular Abbot ini memberikan petua yang menarik dan berguna untuk ibu bapa yang terdesak untuk mengatasi masalah anak yang cerewet makan.
FAKTA
Tip memberi makan
  Sekali-sekala, biarkan anak pilih makanannya sendiri. Elakkan soalan terbuka seperti ‘Apa yang kamu hendak makan malam ini?’ Sebaliknya senaraikan dua jenis untuk pilihannya.
  Jika anak anda suka suatu sajian tertentu, cuba memasak makanan lain dengan cara yang sama.
  Apabila memberi makanan yang baru, cincang halus dan tambahkan kepada sajian kesukaan anak anda.
  Masak daging atau sayur-sayuran kegemaran anak anda dengan cara yang baru.
  Beri makanan dalam jumlah yang sedikit dalam jarak waktu yang lebih kerap. Ruang perut anak kecil. Oleh itu mereka akan berasa lapar dengan lebih cepat.
  Jauhi makanan ringan seperti kentang goreng dari rumah anda. Makanan ini mempunyai kandungan nutrisi yang rendah dan akan merosakkan selera makan anak anda terhadap makanan yang lebih berkhasiat.
  Temani anak anda sepanjang dia makan, dan jadikan waktu itu pengalaman santai yang menyeronokkan.


Kurangkan rasa tertekan
  Bahagikan tanggungjawab masa makan dengan pasangan anda atau jemput saudara-mara, keluarga angkat, dan rakan-rakan untuk makan bersama-sama. Kanak-kanak biasanya berkelakuan lebih baik di depan tetamu.
  Bertenang. Dunia tidak akan berhenti jika anak anda masih enggan makan lobak atau hati.
  Luangkan masa untuk diri sendiri selepas anak anda makan. Minta pertolongan pasangan anda untuk mengemas dan menjaga anak-anak anda, sementara anda berendam di dalam tab mandi, membuat rawatan muka atau mendengar muzik yang menenangkan.
  Apabila masalah pemakanan timbul, anda mudah hilang pertimbangan dan kebahagiaan menjadi ibu bapa. Jika anda bekerja di luar rumah, anda perlu melonggarkan keperluan pemakanan anak anda agar memudahkan pengasuh anak anda menyediakan makanan, sehala dengan matlamat anda – diet yang seimbang berpandukan Piramid Makanan; Menikmati makanan dan masa makan yang menyeronokkan.

No comments: