Showing posts with label pendidikan awal kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label pendidikan awal kanak-kanak. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Guru Tadika: Fitrah Seorang Anak


Bukan mudah untuk menjadi seorang guru tadika. ia perlukan kesabaran yang tinggi. ramai orang mampu menjadi seorang guru yang baik, tetapi berapa ramai yang mampu menjadi pendidik terbaik. apakah sifat yang perlu ada bagi seorang guru tadika? 

mungkin ramai yang cakap seorang guru tadika perlulah ada rasa cinta kepada kanak-kanak.benar sekali, tetapi itu tidak cukup sebagai seorang pendidik yang baik. selain rasa cinta kepada kanak-kanak seorang guru tadika itu perlulah cukup matang untuk meletakan dirinya juga seperti kanak-kanak. mengapa?

ramai antara kita yang cuba menjadikan kanak-kanak sama seperti orang dewasa. ramai yang menafikan fitrah hidup kanak-kanak. kita juga akan memberontak jika fitrah kita dinafikan. jadi kenapa tega untuk kita lakukan kepada anak-anak? apakah fitrah kanak-kanak?

antara fitrah kanak-kanak yang jelas dan ketara adalah BERMAIN... bermain adalah pekerjaan kanak-kanak. apakah kanak-kanak hanya perlu bermain dan tidak perlu belajar? kita silap... sebenarnya di dalam mereka bermain mereka sedang belajar. ibaratnya seorang kanak-kanak ini seperti seorang yang baru berpindah ke rumah baru. kita tidak akan terus menyusun perabot melainkan kita try and error dulu. kita cuba letak di sudut kanak, kemudian ke kiri kemudian di tengah, begitulah persisnya bermain. mereka meletakkan air kedalam bekas yang bocor, mereka bermain air. tapi sebenarnya mereka belajar apakah sifat2 air itu. mereka membaling bola. adalah ke atas , adakala kebawah, kenapa? mereka sedang berkenalan dengan bola... tak kenal, bagaimana nak sukakan?

NAKAL,DEGIL, AKTIF, INGIN TAHU, SUKA PRETEND ... Banyak lagi fitrah kanak-kanak yang perlu kita belajar. sebab itu seorang guru tadika bukan saja perlu menyintai kanak-kanak, tetapi perlu rela menyelam ke dunia mereka, perlu rela menjadi mereka dan perlu cukup matang untuk mengenali siapak kanak-kanak.

kalau seorang kanak-kanak mengatakan kita adalah kanak-kanak, bermakna mereka sudah mengerti yang guru mereka mampu bermain dan ketawa bersama mereka, mereka mampu mengikut arahan kita dan mereka akan berkongsi detik indah dengan kita. mengapa takut menjadi kanak-kanak? kita juga asalnya bermula dari seorang bayi dan menjadi kanak-kanak.

Wednesday, May 23, 2012

Wednesday, May 16, 2012

REFLEKSI 14: PUSAT PERKEMBANGAN PELANGI KEMBAR



ini adalah contoh uniform kanak-kanak perempuan.

ini adalah contoh uniform pelajar lelaki

setelah kami berada di dalam kelas pengurusan pendidikan awal kanak-kanak hampir 14 minggu, akhirnya kumpulan saya telah membina satu proposal untuk membuka pusat perkembangan PELANGI KEMBAR.
kami memilih konsep tadika dan transit. 
banyak yang telah kami pelajari terutama bagaimana membina organisasi, membuat cash flow dan aliran kewangan, selain itu kami juga lebih memahami cara terbaik untuk menyiapkan sebuah proposal untuk membina sebuah pusat perkembangan kanak-kanak. banyak yang telah pensyarah beri tunjuk ajar kepada kami. 

kenapa kami memilih pusat perkembangan pelangi kembar?
hal ini kerana pelangi adalah sesuatu yang indah dan sangat cantik di pandangan. kehadirannya setelah hujan dan nikmatnya hanya Allah yang tahu... oleh itu kami menjadikan ia simbolik kepada pusat perkembangan kami dimana kami ingin melahirkan anak-anak yang mamapu bersaing dalam kehidupan dan ilmu sepanjang hayat. 

semoga ilmu ini akan terus berkekalan dan dapat membantu suatu hari nanti apabila kami semua mampu membangunkan pusat perkembangan sendiri...
terima kasih kepada pensyarah kami
Dr, Puteri Afzan Maria dan kepada semua kawan-kawan satu kumpulan.
sekian terima kasih.

Wednesday, May 9, 2012

REFLEKSI 13: KEPENTINGAN POLISI



polisi ini di cipta untuk memudah kan semua pihak...
polisi ini juga merupakan syarat atau kehendak pihak tadika....

  • Kemasukan
- Kanak-kanak 0 sehingga 4 tahun sahaja.
- Kanak-kanak yang normal
- Hanya ibu bapa/ahli keluarga yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa dibenarkan menjumput kanak-kanak pulang.
  • Yuran
- Yuran pendaftaran.
- Yuran bulanana 
- Yuran tidak akan dipulangkan sekiranya ibu bapa ingin mengeluarkan kanak-kanak
- Yuran bulanan hendaklah dibayar selewat-lewatnya 4 hari bulan setiap bulan.
  • Kurikulum
- Kurikulum yang digunakan adalah kurikulum PERMATA
- Idea daripada ibu bapa akan diambil kira dalam melaksanakan kurikulum
- Penilaian ke atas kanak-kanak akan diadakan pada setiap bulan
- Taska akan mengikut perkembangan Kurikulum PERMATA. Jika terdapat perubahan pada kurikulum ini, pihak taska akan mengikut perubahan tersebut

Tuesday, May 8, 2012

REFLEKSI 12: PROMOSI TADIKA


stratergi pemasaran itu sangat penting bagi sesebuah pengusahaan baru. tidak kira apa juga perniagaan yang di lakukan, pemasaran itu merupakan titik bertindak kejayaan organisasi tersebut.oleh itu di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang apakah pemahaman saya tentang cara promosi yang terbaik. kekilafan itu memang akan berlaku, namun saya masih mula belajar dan harap dapatlah anda memperbetulkannya.

pemasaran adalah salah satu cara yang paling penting bagi menghidupkan sesuatu organisasi atau menghidupkan produk syarikat. jika sabun LUX menggunakan artis dengan kulit yang cantik bagi melakukan sabunnya, sebagai pengusaha tadika pula haruslah menggunakan kanak-kanak bagi menjanakan lagi pendapatan secara tidak langsung memajukan pusat asuhan atau tadikanya. bagaiman???

sebagai seorang yang arif dengan dunia kanak-kanak, pengusaha haruslah membuat sesuatu agar kanak-kanak tertarik untuk ke tadika anda. atau pun ibu bapa sendiri rasa ingin mengenali tadika anda. selain warna tadika yang ceria, layout tadika yang cantik, personaliti guru dan pengusaha juga harus memberi keyakinan kepada ibu bapa. jika banner, atau bantig, atau poster telah dibuat dan menunjukkan betapa cantiknya tadika, tetapi setelah ibu baa berkunjung ke situ, mereka melihat guru tadika sangat daif, tidak ceria dan tiada personaliti diri. bagaimana mereka akan terpikat untuk terus mengekalkan anak mereka belejar di situ.

Refleksi 11: jadilah guru yang penyabar


Kebelakangan ini kita telah didedahkan dengan pelbagai masalah-masalah yang berlaku di tadika, rumah dan persekitaran mengenai penderaan kanak-kanak. tidak kira dari segi mental, emosi, seksual dan fizikal. Adakala kita tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berada di dalam pemikiran mereka yang mendera. begitu tega menyakiti anak-anak yang dianggap begitu mulia bak kain putih dan bersih. namun mungkin kita lupa atau terlepas pandang perkara yang mungkin kita dapat mengawal, tetapi mereka tidak.

oleh itu, jika ada para guru yang membaca refleksi ini, jadilah orang yang penyabar. Sabar itu mulia di sisi Allah. jangan meletakkan atau menghemburkan segala kemarahan, sakit hati, tekanan kepada kanak-kanak. hal ini kerana anak-anak bukan tempat membuang kemarahan. bersabarlah. lihat muka mereka ketika sedang nyenyak tidur. MasyaAllah, begitu suci, comel dan bersihnya mereka. kenapa anak sebersih itu harus kita marah dan herdik.

jika kamu menjerit, kanak-kanak akan menjerit, jika kamu menengkig mereka juga kan menengking. kenapa??? kerana percayalah, anak-anak belajar dari peniruan. mereka meniru setiap perlakuan orang dewasa, ibu bapa dan guru. jadi, haruslah seorang guru itu menjadi contoh terbaik buat mereka. sabar itu separuh dari iman.

terdapat satu kisah benar yang berlaku di hadapan mata saya:

Monday, May 7, 2012

REFLEKSI 10: LAYOUT TADIKA YANG CANTIK


BERIKUT MERUPAKAN RUANG DALAM TADIKA

DAN BERIKUT MERUPAKAN CONTOH DI LUAR TADIKA

KENAPA TADIKA HARUS KELIHATAN CANTIK DAN BEWARNA-WARNI?
kanak-kanak itu indah, kanak-kanak itu cantik, jadi mereka sangat menyintai keindahan dan kecantikkan. dari sudut imaginasi warna adalah penilaian keceriaan dalam diri kanak-kanak... terdapat pelangi yang indah... terdapat kartun yang comel... terdapat lukisan yang menarik... 
kenapa???
 hal ini kerana kanak-kanak memandang dari sudut warna dan kecantikan yang terbentuk. walaupun spongebob bewarna kuning dan berpetak segi, kanak-kanak sangat menyukai spongebob kerana lukisan atau animasi itu mempunyai warna yang pelbagai, terang dan cantik.
disebabkan itulah bagi pendapat saya layout atau tadika harus bewarna- warni agar kanak-kanak dapat berimaginasi dan rasa seronok untuk ke tadika... selain itu ibu bapa juga tertarik untuk terus menghantar anak-anak ke tadika tersebut. tidak selalu tadika yang cantik memiliki kurikulum yang selaras dengan kecantikkannya. namun ibu bapa harus bijak dalam memilih tadika yang terbaik untuk pembesaran anak-anak mereka... 

sekian, terima kasih

Sunday, May 6, 2012

REFLEKSI 9: MEMBUKA PUSAT ASUHAN SENDIRI


membuka pusat asuhan sendiri mungkin telah menjadi impian ramai dari pelajar-pelajar pendidikan awal kanak-kanak. kenapa??? kerana pembelajaran atau apa yang telah diperolehi sepanjang mengambil ijazah atau diploma membuatkan kita terbuka mata betapa penting dan seronoknya perniagaan atau perkhidmatan kepada anak-anak kecil ini. kita melihat mereka sangat comel dan penuh dengan kasih sayang. maka terbitlah rasa tanggungjawab untuk menyampaikan segala ilmu dan memebimbing mereka secara sepatutnya kita lakukan.

bagi pendapat saya membuka pusat asuhan sendiri adalah satu impian yang mungkin akan tercapai jika saya benar-benar bersungguh-sungguh melakukannya. modal bersih bagi memiliki sebuah pusat asuhan sendiri mungkin mencecah puluhan ribu. namun kini telah banyak sumber-sumber kewangan yang berlesen boleh membantu mereka yang mahu membuka pengusahaan baru.

saya sangat menarik hati tentang cara pembelajaran dan pendekatan mereka yang di luar negara seperti sure star, head start dan montessori. kebanyakkan mereka meletakkan pendekatan belajar melalui pengalaman kepada anak-anak. hal ini sebenarnya dapat membantu anak-anak melalui pengalaman sebenar dalam kehidupan suatu hari nanti. mereka akan jadi lebih berani, yakin dan tetap pendirian. kesalahan itu merupakan titik permulaan sebuah kejayaan.

jika dari sudut layout atau bentuk tadika saya, saya sangat menyukai tadika yang mempunyai ruang yang luas. permainan yang tidak terikat dengan playground. namun kanak-kanak bebas berlari naik turun bukit, buai digantung dipokok besar dan mereka belajar membuai bersama, ada taman untuk mengutip bunga dan terdapat pondok yang boleh dibuat rumah. biarlah mereka bermain dengan penuh kreatf dan gembira.

 
permainan sebegini sudah biasa dan akan menjadi halanagan untuk kanak-kanak bertindak dengan lebih kreatif.

REFLEKSI 8:NAMA TADIKA


pemilihan nama tadika adalah sangat penting untuk membangun peniagaan atau menubuhkan pusat asuhan. hal ini kerana, di dalam pernigaan, nama tadika atau nama syarikat memainkan peranan penting bagi menentukan tema, dan hala tuju syarikat tersebut. terutama penubuhan tadika. terdapat nama tadika yang boleh menarik ibu bapa tanpa berfikir panjang ke tadika seperti nama-nama tadika yang sudah mendapat tempat di mata masyarakat seperti smart reader kids, aulad genius, montessori dan pelbagai lagi. ada sesetengah pengusaha mengambil kesempatan dengan meletakkan nama tadika hampir sama dengan tadika2 yang sudah ternama.

namun terdapat beberapa syarat di dalam pendaftaran perniagaan untuk meletakkan nama-nama tadika. 
  1. mestilah diletakkan dengan nama yang menggunakan bahasa kebangsaan
  2. tidak boleh sama dengan nama tadika yang telah terdapat dikawasan itu, atau di daftarkan dibawah daerah yang sama
  3. semasa berdaftar harus mempunyai 2 atau lebih nama tadika bagi tindakan alternatif
  4. jika menggunakan nama tokoh atau individu tertentu, haruslah meminta kebenaran dari individu atau waris individu tersebut.
berikut di atas adalah beberapa syarat yang perlu ada semasa mendaftar pusat asuhan di pendaftaran perniagaan.  oleh itu para pengusaha haruslah bijak dalam meletak nama pusat asuhan. seringkali mereka meletakkan nama si comel, bijak dan intelek genius. namun ada yang sering di dengari dan sudah terlalu lama digunakan. jadi mereka menambah dengan nama tadika si pintar comel, tadika kami genius dan sebagainya. 

kalau dalam pemilihan nama tadika saya sangat suka tema alam fantasi dan hala tuju pembelajaran yang kreatif. saya sangat mengemari tema-tema disneyland dan puteri istana. dan munking saya akan menamakan tadika saya sebagai  tadika kerabat kecil, putera puteri sayang, atau tadika khalifah berjaya. kenapa? sebab saya ingin jadikan mereka kanak-kanak kreatif yang berjaya dan mampu menempuhi dunia dengan kuat dan tabah. selain itu mungkin dapat diletakkan tema-tema fantasi seperti tadika si kerdil raja.

REFLEKSI 7: PENGASUH DIRUMAH: BAGUS ATAU TIDAK


pengasuh di rumah adalah pilihan yang paling laris di kalangan ibu bapa pada suatu ketika dahulu. namun pada masa kini ibu bapa sudah banyak yang memilik pusat-pusat jagaan atau taska dan ada yang lebih selesa menghantar kepada ibu atau bapa masing-masing anak-anak mereka. kenapakah hal ini terjadi? hal ini terjadi kerana pusat asuhan kanak-kanak dapat engumpul dan meyakinkan ibu bapa anak-anak mereka akan selamat berbanding di hantar di rumah pengasuh. banyak kes-kes seperti memperkosa, meliwat dan dera berlaku di rumah-rumah pengasuh. 

saya memiliki satu kisah benar. sepupu saya pernah dihantar ke rumah pengsauh di sekitar kawasan rumahnya pada usia 6 bulan. dan pada suatu hari ketika ibunya ingin mengambil dia dari rumah pengsuh tersebut, dia kelihatan diserang sawan atau tarik kerana faktor-faktor tertentu. setelah di periksa doktor mengesahkan anak itu jatuh atau terkena hentakan kuat di kepalanya hingga menyebabkan dia lumpuh dan sering tarik sawan. bila berjumpa pengasuh dan bertanya kepada dia, mereka mengelak dan memberi alasan yang pelbagai. disebabkan pengasuh itu merahsiakan apa yang terjadi, tindakan lanjut tidak dapat dibuat tambahan pula ibu bapa kanak-kanak tersebut tidak mahu memperbesarkan perkara yang sudah pasti meruntun hati itu. namun umur kanak-kanak ini panjang. dia meninggal ketika usianya 18 tahun dan ibu bapanya mengasuhnya dengan penuh kasih sayang sepanjang umurnya itu. 

daripada kisah ini saya mula terfikir. apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam sistem pengasuh di sekolah ini.

Saturday, May 5, 2012

REFLEKSI 6: KESAN PERBEZAAN PROGRAM, KURIKULUM DAN PENDEKATAN DI PRASEKOLAH/TADIKA DI MALAYSIA


apakah kesan dari perbezaan program, kurikulum dan pendekatan di Pra sekolah atau Tadika kepada kanak-kanak? seringkali kita akan terabai atau terlupa tentang isu ini. hal ini disebabkan tidak ramai ibu bapa dan penjaga tahu tentang kurikulum, pendekatan dan segala-galanya berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. kebanyakkan ibu bapa hanya memahami bahawa anak-anak di hantar ke tadika atas beberapa faktor iaitu:
  1. lebih selamat dan ada orang yang menjaga
  2. dapat membaca, menulis dan mewarna
  3. hak anak-anak untuk mendapatkan pendidikan
  4. memang anak-anak 5/6 tahun harus ke sekolah.
4 perkara berikut merupakan perkara biasa yang dijadikan alasan oleh ibu bapa mengapa mereka hantar anak mereka ke tadika atau pra sekolah.
namun mereka terlupa bagaimana cara pembeljaran yang digunakan guru dan adakah ia baik untuk anak-anak mereka.

berikut saya senaraikan beberapa kesan dari perbezaan ini kepada kanak-kanak

Friday, April 13, 2012

REFLECTION 5 : WRITING BUSINESS PLAN


before i start my reflection, i just want to apologies you because first i skip my list of reflection, and second I type this in English with poor grammar and vocabulary. i just want to train myself using this language. 

just like the title of this reflection, i want to share with you some knowledge that i get from my reading about writing business plan. there have some steps to us follow it. this is not just focus on build up kindergarten or child center. it is for us start up any of business that will give benefit to us. you should understand the need for a business plan by asking such question using who, how, what, where and so on. 
  • FIRST you should ask why you write the business plan? you should give the reason for writing a business plan like want to get the loan from bank, find some investor, get the approval or so on.
  • SECOND asking who. for whom the business plan is for? either for bank, friends for investor, or for parents and get parents support.
  • THIRD how. asking yourself how you will build up this business? are you ready for it? here got some ideas of preparation to be manager or owner of business.