Sunday, February 15, 2015

Guru Tadika: Fitrah Seorang Anak


Bukan mudah untuk menjadi seorang guru tadika. ia perlukan kesabaran yang tinggi. ramai orang mampu menjadi seorang guru yang baik, tetapi berapa ramai yang mampu menjadi pendidik terbaik. apakah sifat yang perlu ada bagi seorang guru tadika? 

mungkin ramai yang cakap seorang guru tadika perlulah ada rasa cinta kepada kanak-kanak.benar sekali, tetapi itu tidak cukup sebagai seorang pendidik yang baik. selain rasa cinta kepada kanak-kanak seorang guru tadika itu perlulah cukup matang untuk meletakan dirinya juga seperti kanak-kanak. mengapa?

ramai antara kita yang cuba menjadikan kanak-kanak sama seperti orang dewasa. ramai yang menafikan fitrah hidup kanak-kanak. kita juga akan memberontak jika fitrah kita dinafikan. jadi kenapa tega untuk kita lakukan kepada anak-anak? apakah fitrah kanak-kanak?

antara fitrah kanak-kanak yang jelas dan ketara adalah BERMAIN... bermain adalah pekerjaan kanak-kanak. apakah kanak-kanak hanya perlu bermain dan tidak perlu belajar? kita silap... sebenarnya di dalam mereka bermain mereka sedang belajar. ibaratnya seorang kanak-kanak ini seperti seorang yang baru berpindah ke rumah baru. kita tidak akan terus menyusun perabot melainkan kita try and error dulu. kita cuba letak di sudut kanak, kemudian ke kiri kemudian di tengah, begitulah persisnya bermain. mereka meletakkan air kedalam bekas yang bocor, mereka bermain air. tapi sebenarnya mereka belajar apakah sifat2 air itu. mereka membaling bola. adalah ke atas , adakala kebawah, kenapa? mereka sedang berkenalan dengan bola... tak kenal, bagaimana nak sukakan?

NAKAL,DEGIL, AKTIF, INGIN TAHU, SUKA PRETEND ... Banyak lagi fitrah kanak-kanak yang perlu kita belajar. sebab itu seorang guru tadika bukan saja perlu menyintai kanak-kanak, tetapi perlu rela menyelam ke dunia mereka, perlu rela menjadi mereka dan perlu cukup matang untuk mengenali siapak kanak-kanak.

kalau seorang kanak-kanak mengatakan kita adalah kanak-kanak, bermakna mereka sudah mengerti yang guru mereka mampu bermain dan ketawa bersama mereka, mereka mampu mengikut arahan kita dan mereka akan berkongsi detik indah dengan kita. mengapa takut menjadi kanak-kanak? kita juga asalnya bermula dari seorang bayi dan menjadi kanak-kanak.

Wednesday, May 23, 2012

Wednesday, May 16, 2012

REFLEKSI 14: PUSAT PERKEMBANGAN PELANGI KEMBAR



ini adalah contoh uniform kanak-kanak perempuan.

ini adalah contoh uniform pelajar lelaki

setelah kami berada di dalam kelas pengurusan pendidikan awal kanak-kanak hampir 14 minggu, akhirnya kumpulan saya telah membina satu proposal untuk membuka pusat perkembangan PELANGI KEMBAR.
kami memilih konsep tadika dan transit. 
banyak yang telah kami pelajari terutama bagaimana membina organisasi, membuat cash flow dan aliran kewangan, selain itu kami juga lebih memahami cara terbaik untuk menyiapkan sebuah proposal untuk membina sebuah pusat perkembangan kanak-kanak. banyak yang telah pensyarah beri tunjuk ajar kepada kami. 

kenapa kami memilih pusat perkembangan pelangi kembar?
hal ini kerana pelangi adalah sesuatu yang indah dan sangat cantik di pandangan. kehadirannya setelah hujan dan nikmatnya hanya Allah yang tahu... oleh itu kami menjadikan ia simbolik kepada pusat perkembangan kami dimana kami ingin melahirkan anak-anak yang mamapu bersaing dalam kehidupan dan ilmu sepanjang hayat. 

semoga ilmu ini akan terus berkekalan dan dapat membantu suatu hari nanti apabila kami semua mampu membangunkan pusat perkembangan sendiri...
terima kasih kepada pensyarah kami
Dr, Puteri Afzan Maria dan kepada semua kawan-kawan satu kumpulan.
sekian terima kasih.